Kes filem KL Gangster 2 perlu disiasat rapi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kes filem KL Gangster 2 perlu disiasat rapi


KUALA BERANG - Kementerian Komunikasi dan Multimedia meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan terperinci kes cetak rompak filem KL Gangster 2.

Timbalannya, Datuk Jailani Johari berkata, siasatan terperinci itu perlu bagi mengetahui punca sebenar insiden tersebut sama ada didalangi individu atau pihak tertentu ataupun sebaliknya sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil.

“Filem KL Gangster 2 yang sepatutnya menemui penonton di pawagam 3 Oktober depan telah pun dicetak rompak sebelum ia ditayangkan.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi cetak rompak sebenarnya mencuri hasil karya orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program Pendaftaran OKU 1Malaysia dan Sambutan Aidilfitri di pekarangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Terengganu, di Kuala Berang, semalam.

Sehubungan itu kata Jailani, pihaknya meminta KPDNKK dan SKMM menyiasat perkara tersebut secara terperinci bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

Katanya, kejadian seumpama itu diharap tidak berulang pada masa akan datang.

Terdahulu, Jailani beramah mesra dengan hampir 200 orang imam dan bilal selepas merasmikan Seminar Jati Diri Imam Bilal Daerah Hulu Terengganu anjuran Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu, di Kuala Berang.

Dalam ucapannya, beliau turut menyarankan agar imam dan bilal bersedia serta sentiasa meningkatkan pengetahuan diri dengan ilmu berkaitan teknologi maklumat, seterusnya berkongsi perkara bermanfaat bersama jemaah di masjid ataupun surau.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-filem-kl-gangster-2-perlu-disiasat-rapi-1.199213
0 Komentar untuk "Kes filem KL Gangster 2 perlu disiasat rapi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI