Biarpun suaminya yang juga pelakon terkenal, Adi Putra, dikaitkan mempunyai skandal dengan wanita lain, namun Aida Yusof menegaskan, kontroversi terbabit tidak akan sesekali menggugat keharmonian rumah tangga mereka.
Malah tegas wanita itu, dia akan tetap berdiri teguh di belakang suaminya walau apapun yang terjadi.
Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Kontroversi ini juga tidak akan menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya, kata Aida ketika dihubungi HIP, petang semalam.
Enggan ganggu siasatan polis
Sebagai isteri merangkap pengurus kepada aktor terbabit, tindakan Adi mendiamkan diri sebaik saja berita mengenai dirinya disiasat polis kerana bertukar-tukar gambar dan mesej lucah dengan peminatnya, yang juga isteri orang, seperti disiarkan dalam akhbar ini semalam, bukanlah kerana dia mahu melarikan diri.
Sebaliknya tegas Aida, pelakon KL Gangster 2 itu berbuat demikian kerana tidak mahu mengganggu kes yang kini sedang dalam siasatan polis.
Adi tidak melarikan diri ke mana-mana. Dia dalam keadaan baik-baik saja dan langsung tidak tertekan dengan cerita sebegitu. Dia berdiam diri pun kerana tidak mahu mengganggu kerja polis. Lagipun, kes ini masih dalam siasatan.
0 Komentar untuk "'Jangan mudah hukum dia' - Isteri Adi Putra"