Pergilah ke mana-mana pun, kita akan dengar semua orang bercakap pasal harga minyak. Di sana sini, orang naik minyak kerana harga minyak naik. Harga minyak memang teramat sangat mempengaruhi hidup kita.
Apa yang kita risaukan bukan soal harga minyak sahaja tetapi kerana harga minyak akan juga mempengaruhi kenaikan harga barangan, harga perkhidmatan yang kita perlukan setiap hari. Buktinya, kelmarin harga teh tarik sudah naik 20 sen secawan.
Alasannya, untuk tampung kos pengangkutan.
Untuk bersangka baik, kita terimalah alasan itu bahawa tiap-tiap secawan teh yang kita minta terpaksa diangkut dengan kereta atau lori dari tempat lain ke tempat di mana kita berada.
Siapa pun tidak boleh nafikan bahawa kenaikan harga minyak sememangnya mempengaruhi kos hidup kita yang lain. Bagi saya, orang yang kata kenaikan harga minyak RON95 hanya memberi kesan terhadap orang kaya yang mampu beli kereta, bukan orang kampung yang tidak miliki kereta, orang itu mungkin rasa dia sedang berdialog dalam filem, sebagai hero yang berambut pacak di depan heroin yang putih melepak!
Sebabnya, semua kita tahu bahawa petrol RON95 selama ini adalah satu-satunya pilihan untuk orang yang tidak mampu tetapi masih memerlukan kereta dalam urusan harian. Tidak kira mereka orang kampung atau orang bandar, orang miskin atau yang kurang mampu, mereka ‘tatap’ memerlukan kereta untuk ke mana-mana. Maka RON95 sahaja pilihan yang mereka ada.
Kalau isunya berkaitan dengan minyak RON97, munasabahlah untuk dikatakan bahawa kenaikan harga bahan bakar itu hanya memberi kesan terhadap orang kaya yang terdiri daripada orang berada serta mempunyai pilihan untuk menggunakan RON95, tetapi mereka memilih RON97 yang lebih mahal harganya.
Kenyataan seperti ini bagi saya, sangat tidak sensitif dengan keadaan rakyat kebanyakan yang rata-ratanya hidup dalam kesempitan.
Tidak! Saya tidak minta untuk orang itu bantah keputusan kerajaan kerana memahami, sebagai penyokong kerajaan di Parlimen, dia harus patuh pada adab berpertubuhan. Tetapi apa yang diperlukan oleh rakyat bukan kenyataan semberono yang seolah-olah tidak prihatin akan keadaan mereka, malah seperti tidak hormati mereka. Mungkin mendengar kenyataan ini, ada yang berasa mereka seperti diperbodohkan!
Kalau rasa mahu juga bercakap hal itu, sebaiknya jelaskan rasional di sebalik keperluan untuk kerajaan mengurangkan subsidi harga minyak mengikut logik yang boleh diterima rakyat. Jika tidak sedia untuk berkata-kata seperti itu, lebih baik diam!
Saya bukan mahu menyokong pembangkang tetapi kenyataan oleh segelintir pendokong dan penyokong kerajaan, sama ada disengajakan atau tidak, kadang kalanya teramat menghiris hati sanubari rakyat. Ini yang harus dielakkan!
Satu lagi, jangan mudah-mudah melabel orang itu bodoh, orang ini bodoh hanya kerana dicadangkan supaya menteri-menteri dikurangkan elaun. Bukankah baru beberapa hari lalu sahaja orang yang sama juga dengan nada mendabik dada berkata, gaji anaknya, dia sendiri yang bayar kerana bapa kepada anaknya itu orang kaya!
Kalau sudah kaya, mengapa baru dicadang potong elaun sahaja sudah mahu bilang si tukang cadang itu budak bodoh?
Ini zaman rakyat menilai dan sebagai pemimpin, akhlak yang ditonjolkan, juga kenyataan yang disuarakan, seharusnya adalah yang boleh diterima dan dihormati oleh rakyat. Kita tidak mahu ada rakyat yang tersinggung, berasa jauh hati, kecewa atau marah hingga pada pilihan raya, mereka buat keputusan di meja undi dengan emosi. Mereka tukar kerajaan hanya kerana rasa kecewa atau marah, bukan kerana keyakinan untuk mengangkat pemerintah yang lebih baik!

0 Komentar untuk "Jangan singgung hati rakyat"