http://www.sinarharian.com.my/mas-yakin-kembali-untung-1.192386
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala awal minggu ini bahawa kerajaan patut keluar dari industri penerbangan dengan menjual Malaysian Airline System Bhd (MAS) mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.
Malah, sehari selepas kenyataan itu dikeluarkan, harga saham MAS mencatatkan kenaikan 7.9 peratus kepada 34 sen dan menjadi saham paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia, menunjukkan prospek penjualan MAS memberi kesan ketara kepada saham syarikat penerbangan itu.
Walaupun Idris kemudiannya mengesahkan kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menjual MAS pada masa ini, isu itu sebenarnya tidak pernah lari daripada perbincangan dalam dunia penerbangan negara dan kini, hal itu sekali lagi dibicarakan secara terbuka.
Bagi pengurusan MAS, matlamat mereka hanya satu, iaitu mengekalkan perolehan dan prestasi selain memastikan syarikat penerbangan itu terus dapat bersaing tanpa mahu terlalu memfokuskan kepada isu sama ada syarikat itu akan dijual atau sebaliknya.
Pengarah Komersial MAS, Dr Hugh Dunleavy berkata, MAS yakin untuk merekodkan prestasi separuh kedua yang lebih kukuh tahun ini sekali gus mencatatkan keuntungan menjelang hujung tahun depan.
Menurutnya, syarikat itu mempunyai pelan pemulihan tersendiri dalam menghadapi kejatuhan prestasi kewangan pada suku pertama dan kedua tahun ini.
Beliau berkata, MAS memilih untuk terus bersaing dalam industri itu dengan pelaksanaan usaha berterusan di setiap rantau dan pasaran supaya sasaran keuntungan akan dapat dicapai seperti yang dirancang.
“Untuk membangun dan mengekalkan prestasi sesebuah syarikat bukan mudah kerana perlu mengambil masa dan usaha yang berterusan.
“Apa yang akan kami lakukan ketika ini adalah bersedia berdepan cabaran dalam industri penerbangan, melaksanakan model perniagaan untuk realiti pasaran baru dan meletakkan mekanisme kawalan untuk pasaran serta perolehan yang lebih mampan, sesuai untuk jangka masa panjang syarikat, kakitangan serta pemegang saham,” katanya dalam pertemuan dengan Sinar Harian, semalam.
Dunleavy berkata, realiti pasaran baru adalah persaingan semakin meningkat dalam industri itu di mana 14,000 pesawat baru dijangka memasuki pasaran Asia Tenggara dalam tempoh 20 tahun akan datang, menjadikan tempoh itu sebagai pertumbuhan paling pesat di dunia untuk pengangkutan udara.
Dunleavy juga menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa MAS tidak mampu bertahan tanpa bantuan kerajaan dan menegaskan syarikat itu mempunyai pelan perniagaan tersendiri.
“Kami telah melihat pertumbuhan yang cepat bagi mencapai sasaran keuntungan menjelang tahun depan.
“Dengan pertumbuhan trafik 10 peratus tahun ke tahun dalam 20 tahun akan datang, MAS akan menjadi syarikat penerbangan empat kali lebih baik daripada sekarang.
"Jadi, sama ada MAS dijual atau diswastakan, itu tidak akan mengubah pelan perniagaan syarikat,” katanya.
MAS mencatatkan kerugian terbesar dalam sejarah 40 tahun syarikat itu, iaitu sebanyak RM2.52 bilion pada 2011 akibat kenaikan kos operasi. Kerugian itu menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya mengisytiharkan syarikat itu berdepan dengan krisis, memaksa MAS melaksanakan pelan pemulihan perniagaan.

0 Komentar untuk "MAS yakin kembali untung"