Ini Penjelasan Najib Berkenaan Kerajaan Perpaduan Bersama Anwar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ini Penjelasan Najib Berkenaan Kerajaan Perpaduan Bersama Anwar

http://networkedblogs.com/OavLv

Perdana Menteri hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung wujudnya rundingan kerajaan perpaduan di antara pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar), dakwaan berkenaan hanyalah “daya imaginasi” kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Anwar serta kepimpinan PR masih tidak menerima keputusan pilihanraya umum ke-13 (PRU13) dan mempertikai keputusan tersebut.

“Satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya.

“Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui namun Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13,” katanya dalam satu kenyataan diedarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan” kepentingan politik pihak pembangkang.

Asia Sentinel melaporkan pada Isnin bahawa Anwar mendedahkan Najib telah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan PKR.

Anwar berkata beliau menolak cadangan berkenaan berikutan isu asas mesti diselesaikan dahulu seperti menghentikan serangan perkauman ke atas kaum Cina dan India melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. ~the malaysian insider

0 Komentar untuk "Ini Penjelasan Najib Berkenaan Kerajaan Perpaduan Bersama Anwar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI