http://www.sinarharian.com.my/usah-polemikkan-isu-roboh-surau-tegas-mb-johor-1.192607
KLUANG - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini meminta semua pihak supaya tidak memperdebatkan keputusan merobohkan surau di sebuah resort di Sedili Besar, dekat Kota Tinggi yang digunakan untuk upacara keagamaan Buddha.
Mohamed Khaled berkata tidak perlu timbul sebarang polemik berhubung isu berkenaan kerana kerajaan negeri menuruti keputusan yang dititahkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Keputusan sudah dibuat. Itu adalah titah oleh Sultan Ibrahim yang merupakan ketua agama Islam negeri. Apa-apa keputusan yang baginda buat, baginda sudah mengambil pandangan dan nasihat dari semua pihak," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan dan kibar Jalur Gemilang ke-56 peringkat negeri Johor, di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menyifatkan tindakan untuk merobohkan surau yang mencetuskan kontroversi itu, sebagai tidak perlu.
Menurut Mohamed Khaled, jika diteliti, surau berkenaan tidak wajar dibiarkan kerana ia bukan sahaja tidak digunakan sepanjang masa, malah arah kiblatnya jelas tersasar.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri sudah memaklumkan kepada Rumah Johor di Mesir untuk memantau dan melindungi seramai 334 pelajar anak Johor, di negara bergolak itu.
Beliau juga menasihatkan pelajar agar sentiasa mengikuti arahan Kedutaan Malaysia dan tinggal di asrama masing-masing demi keselamatan diri.
"Mereka yang mengikuti pelajaran atas pembiayaan sendiri juga diminta mematuhi arahan kerajaan pusat. Kita percaya tidak perlu adanya arahan yang bercanggah dan biar semua pihak menunggu arahan kerajaan pusat," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk "Usah polemikkan isu roboh surau, tegas MB Johor"