Komen Tok Guru Nik Aziz Tentang KUIN - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Komen Tok Guru Nik Aziz Tentang KUIN



Update Status : Saya melihat cara kerajaan Kedah hari yang ditadbir oleh UMNO menangani isu KUIN menampakkan keinginan mereka untuk menguburkan sahaja instituti pengajian agama ini. Lihat sahaja kemasukan pada Julai 2013 merosot 50% daripada angka sebelum ini. Kontroversi yang melanda KUIN menghilangkan keyakinan rakyat dan seterusnya tidak dinafikan ia boleh menguburkan instituti pendidikan agama tinggi di Malaysia ini.

Di Kelantan, inilah yang dilakukan oleh UMNO apabila berkuasa pada tahun 1978. Kelantan dahulu mempunyai Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) yang menawarkan program pengajian peringkat ijazah, pelajar-pelajarnya boleh menyambung ke Al-Azhar di peringkat sarjana. Namun semuanya berakhir apabila pada tahun 1981, YPTIK telah diambil alih oleh Universiti Malaya dan ditukar nama kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Hilanglah satu permata pendidikan tinggi Islam di Kelantan hasil kerja buat UMNO dan Barisan Nasional.

Sebabnya hanya satu, mereka yang berpendidikan agama dan faham Islam berkemungkinan besar tidak akan menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jahilkan rakyat, kuasa UMNO akan kekal.

By : TGNA
0 Komentar untuk "Komen Tok Guru Nik Aziz Tentang KUIN"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI