100 peluru berpandu seawal hari ini - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

100 peluru berpandu seawal hari ini

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/100peluruberpanduseawalhariini/Article

London: Amerika Syarikat dan Britain akan melakukan serangan peluru berpandu dalam tempoh 48 hingga 72 jam seawal hari ini terhadap Syria jika pemimpin negara itu memberi arahan bagi menghukum penggunaan senjata kimia.

Serangan ditujukan terhadap ibu pejabat kawalan tentera, pusat penghantaran senjata, markas perisikan dan kem latihan ketenteraan, lapor akhbar The Telegraph.
Pemimpin tentera Amerika dan sekutu serantau di Asia Barat mencapai persetujuan itu dengan pembangkang Syria dalam sidang dua hari yang tamat di Amman, kelmarin.

Mesyuarat dua hari itu menyaksikan Pengerusi Ketua Turus Bersama Amerika, Jeneral Martin Dempsey dan panglima tentera Britain, Jeneral Nick Houghton, membentangkan pelan serangan kepada ketua tentera 10 negara.

Persetujuan bersama dicapai bahawa tindakan perlu dilakukan terhadap Syria dan serangan peluru berpandu oleh tentera laut atau jet pejuang adalah cara terbaik, kata pegawai tentera Jordan.

Obama bersetuju

Presiden Amerika, Barack Obama dipercayai sudah bersetuju dengan pendekatan itu selepas berbincang dengan Kabinet Perang beberapa hari lalu.
Sementara itu, pertentangan juga bakal disaksikan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas Britain memohon kebenaran melancarkan tindakan ketenteraan meskipun ia hampir pasti disusuli veto oleh Russia dan China.

Kumpulan penyiasat senjata kimia PBB sedang menyiasat serangan gas yang membunuh beratus-ratus orang awam di kawasan pemberontak di Damsyik.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon meminta mereka diberi lebih banyak masa untuk menamatkan misi.

Persalah Bashar

Bagaimanapun, Amerika dan sekutunya di Eropah dan Asia Barat sudah pun menyalahkan Bashar al-Assad dan hampir pasti melancarkan serangan tanpa kebenaran PBB meskipun bila ia akan bermula tidak diketahui.

Kemungkinan Syria diserang meningkatkan ketegangan di antara penyokong Bashar, Iran dengan Israel.

Konflik di Syria sudah menyebabkan lebih 100,000 orang menjadi pelarian masuk ke Turki, Lubnan, Jordan dan Iraq.

Ia juga meningkatkan pertumpahan darah antara mazhab di Lubnan dan Iraq apabila letupan bom membunuh 65 orang.

Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata tindakan Amerika akan membawa bencana kepada rantau itu.

Seperti juga Russia, China tidak suka campur tangan Barat dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Akhbar Peoples Daily menyifatkan serangan udara akan menyemarakkan perang saudara di Syria bertujuan menjatuhkan Bashar.

AGENSI
0 Komentar untuk "100 peluru berpandu seawal hari ini"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI