http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Debaran2tahunberakhir/Article
Biar sudah hampir dua tahun filem epik Tanda Putera tertangguh untuk dipertontonkan, namun semangat barisan pelakonnya melihat filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba atau Schumi memasuki pawagam tidak pernah luntur.
Hendak diikutkan, mereka sepatutnya risau sama ada filem itu bakal ditayangkan atau tidak, berikutan tugas mereka sebagai pelakon sudah selesai.
Namun, atas dasar tanggungjawab dan tidak mahu karya sebaik Tanda Putera dipersia-siakan selepas seluruh tenaga produksi berhempas pulas menyiapkan filem itu, dua tunjang utamanya, Rusdi Ramli dan Linda Hashim akhirnya menarik nafas lega. Filem terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd itu mula ditayang hari ini.
Sebagai pelakon, tugas kami memang sudah selesai. Tetapi saya tetap risau apabila tarikh tayangan filem ini ditangguhkan berkali-kali sehingga dijadikan isu besar.
Secara tak langsung. timbul juga rasa kecewa apabila filem ini terlalu dijadikan isu sedangkan saya tidak nampak di mana kontroversinya. Kira-kira lima tahun lalu, filem lakonan saya Gentayangan langsung tidak keluar panggung hingga kini, jadi saya tidak mahu perkara sama berulang kembali.
Apabila mendapat tahu filem ini sudah mendapat kelulusan tayangan, kami barisan pelakon filem Tanda Putera rasa sangat lega. Bukan apa, rugi karya sebagus ini dipinggirkan. Lagipun tidak banyak penggiat filem yang berani menghasilkan filem berbentuk kenegaraan seperti Schumi, sebab itu saya tidak menolak apabila dia mengundang saya berlakon dalam filem ini, kata Rusdi yang menggalas tanggungjawab besar sebagai Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak.
Bangga dipuji Perdana Menteri
Membawakan watak bukan rekaan adalah tanggungjawab yang mencabar buat Rusdi biarpun sudah hampir dua dekad dia mengabdikan diri sebagai anak wayang.
Kebimbangan itu bagaimanapun serta merta hilang apabila lakonannya mendapat pujian anak Tun Abdul Razak sendiri, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Datuk Seri Najib bertanya berapa lama saya belajar pegang tongkat. Beliau tidak banyak komen sewaktu filem itu dipertontonkan kepadanya, sebaliknya memuji filem ini dan menyokong Tanda Putera ditayangkan.
Siapa yang tidak gementar membawakan watak seorang yang pernah wujud dan disanjungi. Namun, saya bernasib baik kerana rakaman membabitkan Tun Abdul Razak mudah diperoleh berbanding Tun Dr Ismail. Saya simpati pada Zizan Nin kerana rakaman Tun Dr Ismail sukar diperoleh, jadi tugas Zizan lebih berat berbanding saya.
Bagi membawakan watak Tun Razak, saya meminta Shuhaimi mengaturkan pertemuan dengan anak-anak bekas Perdana Menteri itu. Memandangkan hasrat itu tidak dapat dipenuhi, saya merujuk pada rakaman dan tunjuk ajar dari Schumi saja. Dialah yang banyak membimbing kami sepanjang 52 hari penggambaran, katanya. H2
Linda tak harap lonjak nama
Sudah lama mengabdikan diri dalam industri lakonan, nama Linda Hashim barangkali belum cukup menyerlah berbanding pelakon generasi baru yang lain.
Namun, ujar isteri Beego ini, dia tidak mengharapkan kontroversi filem Tanda Putera melonjakkan namanya dalam persada perfileman tempatan.
Sebaliknya, kata Linda yang lebih menyerlah di kaca televisyen, dia menerima tawaran Schumi untuk membawakan watak Toh Puan Norashikin iaitu isteri kepada Tun Dr Ismail kerana tertarik dengan karya sentuhan pengarah tersohor itu.
Saya tidak menganggap kontroversi yang berlaku kepada filem ini sebagai serampang dua mata untuk melonjakkan nama dalam bidang lakonan. Saya bukannya baru dalam industri ini dan bukan populariti yang dikejar. Sebaliknya, saya terima kerana tertarik dengan karya Schumi.
Selama bergelar pelakon, saya sering diberi watak sama. Timbul juga keinginan untuk membawakan watak yang benar-benar menguji kredibiliti sebagai pelakon. Jadi, bila Schumi tawarkan saya berlakon dalam filem ini, saya tidak menolak, katanya.
Kongsi Linda, internet menjadi rujukan untuk dia mengenali Toh Puan Norashikin dengan lebih mendalam.
Berikutan tidak begitu banyak maklumat mengenai Toh Puan Norashikin, saya banyak merujuk kepada Schumi dan Fatimah Abu Bakar untuk mengenali isteri Timbalan Perdana Menteri itu dengan mendalam, katanya.
Tonton untuk pengajaran
Seperti Rusdi, Linda juga kecewa apabila mendapat tahu filem itu tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan pada mulanya.
Bukan kerana dirinya membintangi filem itu, sebaliknya Linda mahu penonton menghayati sebuah karya yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.
Memang agak kecewa apabila filem ini mendapat tentangan pada awalnya. Saya mahu peminat tengok apa yang ingin Schumi sampaikan dalam filem ini.
Tanda Putera adalah sebuah filem yang bagus dan wajar ditonton. Malah sewaktu kami menontonnya bersama-sama dengan Perdana Menteri, beliau memuji filem ini dan menggalakkan orang ramai menontonnya.
Bagi saya filem ini sesuai ditonton generasi muda kerana ketika kekecohan itu timbul, kita semua belum lahir lagi. Jadi, bagi mendapatkan gambaran apa yang berlaku serta kesusahan yang ditanggung generasi pada waktu itu, mereka kenalah menonton Tanda Putera supaya semangat cintakan negara lebih menebal, katanya.
Rusdi, Linda lega Tanda Putera temui penonton mulai hari ini

0 Komentar untuk "Tanda Putera: Debaran 2 tahun berakhir"