75 ketetapan bantah TPPA - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

75 ketetapan bantah TPPA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/75ketetapanbantahTPPA/Article

Kuala Lumpur: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) semalam menyerahkan resolusi 75 ketetapan bagi membantah dan menyarankan kerajaan supaya tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Dokumen itu diserahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nizam Mahshar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas majlis Sepetang di Aidilfitri MTEM bersama Perdana Menteri di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, semalam.
Beliau berkata, resolusi itu menggariskan isu seperti perubatan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), harta intelek dan kawalan kewangan negara yang boleh dijadikan panduan untuk perunding Malaysia yang terbabit dalam rundingan perjanjian itu.

Mohd Nizam berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya, beliau akan meneliti dokumen berkenaan.

Ketetapan nasional 

Kami berharap 75 ketetapan itu menjadi pendirian atau ketetapan nasional berkaitan TPPA dan diharap perunding Malaysia akan membawa ia sebagai perkara yang tidak boleh dikompromi dan memastikan jika negara lain tidak bersetuju maka Kerajaan Malaysia perlu menarik diri dari rundingan perjanjian itu, katanya.

Resolusi itu dirangka menerusi Persidangan Meja Bulat TPPA bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disertai Badan Bertindak Bantah TPPA.
Turut hadir, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd Salleh; Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan ahli Lembaga Pemegang Amanah MTEM, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader.

Mohd Nizam berkata, pihaknya mengikuti perkembangan rundingan TPPA yang sedang berlangsung di Brunei Darussalam untuk memastikan sama ada ketetapan yang digariskan itu dibincangkan atau tidak.

Tindakan susulan 

Jika ketetapan itu tidak dibincangkan, tindakan susulan akan diambil kerana sehingga kini MTEM masih tidak yakin TPPA boleh memberi manfaat kepada negara, katanya.

Katanya, MTEM tetap berpendirian TPPA akan memberi kesan kepada ekonomi, kesejahteraan sosial, kedaulatan negara, selain memberi impak melangkaui pelbagai sektor seperti PKS, peluang perolehan, harta intelek, tenaga kerja, kos sara hidup, penggubalan semula akta dan undang-undang, ruang polisi, pertanian dan budaya masyarakat setempat.

Selain itu, katanya, pihaknya berharap perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk terbabit secara langsung dalam jawatankuasa untuk merangka kajian kos dan faedah perjanjian itu.
0 Komentar untuk "75 ketetapan bantah TPPA"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI