Ikhwanul Muslimin bukan pengganas - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ikhwanul Muslimin bukan pengganas

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IkhwanulMusliminbukanpengganas/Article

Kaherah: Seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin yang sedang diburu pihak berkuasa menafikan pergerakannya melakukan keganasan selepas tentera menyingkirkan Presiden Mohamed Morsi.

Pandangan itu disuarakan oleh Mohammed el-Beltagy kelmarin, ketika Ikhwan merancang bantahan baru, mencabar pasukan keselamatan yang sudah menahan dan memenjara ramai anggota kanan dan pertengahannya.
Antaranya termasuk warga Amerika Syarikat, Mohamed Soltan, 25, anak pemimpin Ikhwan yang lantang bersuara, Salah Soltan.

El-Beltagy dikehendaki atas tuduhan menghasut keganasan dan sudah diburu hampir tiga minggu.

Buru Yusuf al-Qaradawi 

Sementara itu, pihak berkuasa lapangan terbang juga memberitahu mereka akan menahan pendakwah terkenal Mesir, Yusuf al-Qaradawi, jika masuk ke negara itu dari ibu pejabatnya di Qatar, kerana dia menyatakan tentangan terhadap pemimpin tentera yang menyingkirkan Morsi.

El-Beltagy berkata, pihak berkuasa cuba mengubah krisis politik kepada krisis keganasan.
Media Mesir yang hampir semua anti-Ikhwan selepas penutupan stesen televisyen lain menyifatkannya sebagai perang menentang keganasan.

Jangan tertipu dengan penipuan dan pembohongan ini yang bertujuan melabel kami pengganas, suka mengganas dan membunuh ketika tangan pemerintah sendiri penuh darah, katanya.

El-Beltagy bersembunyi awal bulan ini selepas pihak berkuasa menggunakan kekerasan bagi merobohkan perkhemahan penyokong Morsi yang digulingkan pada 3 Julai lalu oleh tentera.

Beratus-ratus orang terbunuh dalam operasi itu termasuk anak perempuan El-Beltagy.

Sebagai membalas tindakan itu, penyokong Morsi menyerang balai polis, bangunan kerajaan dan gereja.
AP 
0 Komentar untuk "Ikhwanul Muslimin bukan pengganas"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI