http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kaherahbagaizonperang/Article
Kaherah: Sekurang-kurangnya 149 rakyat Mesir dilaporkan terkorban semalam, selepas anggota keselamatan merobohkan khemah penyokong bekas Presiden, Mohamed Morsi yang mencetuskan pertempuran hingga membawa pertumpahan darah.
Jumlah itu tambahan kepada lebih 250 kematian dalam pertempuran di antara penunjuk perasaan menyokong dan menentang Morsi serta anggota keselamatan sejak Jun lalu. Angka kematian terbaru dilaporkan setakat jam 9 malam tadi (waktu Malaysia) oleh media yang turut melaporkan anak perempuan pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohammed al-Beltagy, maut.
Angka rasmi kematian itu berbeza dengan dakwaan Ikhwanul Muslimin bahawa 500 orang maut dan 9,000 lagi cedera akibat kekerasan anggota keselamatan. Sementara itu, Kerajaan Mesir mengumumkan perintah berkurung di Kaherah dan 11 wilayah lain mulai 7 malam hingga 6 pagi serta-merta selama sebulan.
Wartawan ditembak
Selain Kaherah, kekacauan juga meletus di beberapa tempat lain termasuk Iskandariah, Aswan, Suez, Ismailia, Luxor, Fayoum, Assiut, Helwan, Sharqiya, Minya, Wedi al-Gedid dan Sohag.
Media Emiriah Arab Bersatu, Xpress melaporkan wartawannya, Habiba Ahmed Abd Elaziz mati ditembak di Kaherah, akhbar Ahram juga melaporkan jurugambar Al Jazeera, Mohamed El-Zaki cedera ditembak di tangan ketika membuat liputan di Dataran Rabaa al-Adawiya. Nasib sama turut menimpa seorang wartawan Sky News yang kena tembakan dan maut.
Enam anggota keselamatan dilaporkan maut, manakala 66 lagi cedera. Imam Besar al-Azhar, Ahmed al-Tayyeb mengutuk semua bentuk keganasan dan meminta semua pihak mengutamakan kepentingan negara.
Operasi meroboh khemah penyokong Morsi dan Ikhwanul Muslimin bermula sejurus selepas Subuh semalam apabila anggota keselamatan mengepung kawasan Rabaa al-Adawiya dan Dataran Al-Nahda. Keadaan menjadi huru-hara selepas anggota keselamatan masuk ke kawasan berkenaan yang dibina selepas Morsi digulingkan 3 Julai lalu.
Sekumpulan lelaki memakai topeng gas cuba merampas botol gas pemedih mata dekat masjid kawasan itu yang memperdengarkan lagu keagamaan, manakala penunjuk perasaan melaungkan 'Allahu Akbar'. Pertempuran segera meletus di antara penunjuk perasaan dan anggota keselamatan dengan bunyi tembakan kedengaran di seluruh kawasan berkenaan.
Jentolak roboh khemah
Pemimpin protes memakai topeng gas berdiri di pentas yang diselubungi gas pemedih mata, manakala beberapa jentolak mula merobohkan khemah. Polis juga melarang wartawan yang baru sampai daripada masuk ke kawasan berkenaan, manakala penyokong Morsi dilihat membuat hadangan di beberapa jalan raya di Kaherah selain membakar tayar.
Ikhwanul Muslimin juga menggesa penduduk Mesir terus melakukan protes bagi membantah ‘pembunuhan beramai-ramai’ yang berlaku dengan jurucakapnya, Gehad al-Haddad menyampaikan mesej di Twitter: “Ini bukan usaha menyuraikan bantahan, tapi tindakan menghancurkan semua suara penentang rampasan kuasa tentera.”
Dua jam selepas operasi dilancarkan, anggota keselamatan menguasai sepenuhnya Dataran Al-Nahda, kawasan lebih kecil daripada Rabaa al-Adawiya dan berpuluh-puluh penyokong Morsi ditahan. Isnin lalu, mahkamah melanjutkan tempoh penahanan Morsi selama 15 hari lagi sehingga selesai siasatan ke atas hubungannya dengan Hamas.
AGENSI

0 Komentar untuk "Kaherah bagai zon perang"