Isu hina Islam: Surau mungkin diroboh - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Isu hina Islam: Surau mungkin diroboh

http://www.sinarharian.com.my/isu-hina-islam-surau-mungkin-diroboh-1.191708

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar Majlis Agama Islam Johor (Maij) mengeluarkan pekeliling menentukan kedudukan kiblat kepada semua pengusaha pusat peranginan di negeri ini.

Titah tersebut disampaikan menerusi Penasihat Maij, Datuk Noh Gadut ketika mengadap baginda pagi tadi.
 
Atas keprihatinan Sultan Johor, Noh mengandaikan kemungkinan besar surau di pusat peranginan di Sedili Besar, Kota Tinggi yang mencetuskan kontroversi kerana membenarkan penganut agama lain beribadat dalam surau itu akan dirobohkan.
 
Proses siasatan tindakan yang menghina Islam itu dijangka mengambil masa sebulan dan akan diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri.
0 Komentar untuk "Isu hina Islam: Surau mungkin diroboh"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI