Jualan peralatan rumah meningkat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Jualan peralatan rumah meningkat

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/jualan-peralatan-rumah-meningkat-1.183003

PERALATAN rumah seperti mesin basuh dan peti sejuk mencatatkan pertumbuhan jualan yang dinamis di Malaysia dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sekali gus menunjukkan bahawa pada umumnya ia tidak terjejas oleh sebarang impak kuasa pasaran yang negatif di dalam dan luar negara.

Sebuah syarikat penyelidikan, Gfk Asia, berkata, isi rumah di Malaysia membeli hampir 205,000 unit peti sejuk dan 264,000 unit mesin basuh melalui cawangan-cawangan jualan runcit dalam lima bulan pertama 2013.

“Ini mencerminkan pertumbuhan jumlah jualan dan nilai, masing-masing sebanyak 11 peratus dan 15 peratus,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan semalam.

GFK Asia berkata, mesin basuh dan peti sejuk dianggap sebagai satu keperluan asas dalam masyarakat moden hari ini dan permintaan bagi peralatan-peralatan ini masih kukuh walaupun tahap penembusannya dalam isi rumah tempatan sudah agak tinggi.

Pengarah Urusannya, Selinna Chin berkata, pengguna Malaysia bukan sahaja membeli lebih banyak mesin basuh dan peti sejuk, malah mereka juga membeli model-model yang lebih besar dan lebih baik. - Bernama
0 Komentar untuk "Jualan peralatan rumah meningkat"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI