logo baru AirAsia
AirAsia
AIRASIA akan menjalankan proses migrasi sistem sebagai langkah siap sedia untuk perpindahan operasi syarikat penerbangan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia (MES) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu (KNO) di Medan, Indonesia pada 25 Julai ini.

Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata, proses itu akan melibatkan penukaran kod lapangan terbang daripada MES kepada KNO.

“Semasa migrasi sistem berlangsung, tetamu tidak akan dapat melakukan tempahan penerbangan atau daftar masuk dalam talian bagi perjalanan dari atau ke Medan, atau membuat sebarang pertukaran terhadap tempahan yang telah disahkan menggunakan fungsi Urus tempahan.

“Selepas migrasi sistem selesai, semua tetamu yang terbang dari atau ke Medan dari 25 Julai dan seterusnya akan menerima itenari penerbangan yang dikemas kini dengan kod lapangan terbang baru,”katanya.