NASIONAL : RABU 19 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

NASIONAL : RABU 19 OGOS 2009

Pertahan kontrak sosial
ALOR SETAR 18 Ogos – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah(gambar ) bertitah, negara akan berhadapan dengan bencana dan huru-harajika kontrak sosial terus dipertikaikan serta dijadikan bahan untukberpolitik.

Kuil: Kerajaan negeri tetap luluskan
SHAHALAM 18 Ogos – Kerajaan negeri Selangor tidak mempedulikan bantahanpenduduk di Seksyen 23, di sini apabila tetap akan meneruskan cadanganmembina kuil di kawasan itu yang merupakan kawasan majoriti umat Islam.


Sukarelawan polis mula bertugas
KUALALUMPUR 18 Ogos – “Sejak di bangku sekolah lagi, saya teringin hendakmenyarung pakaian seragam polis dan membantu pihak berkuasa menangkappenjenayah.”

Masuk syurga tak kira parti – Harun Taib
KUALATERENGGANU 18 Ogos – Ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz NikMat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua DewanUlama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) pula mempunyai pandangan berbezaberhubung perkara itu.

Ulama diminta keluarkan fatwa
PUTRAJAYA18 Ogos - Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama di negara ini dimintamengeluarkan fatwa berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk NikAbdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga keranaparti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.






Nik Aziz ekstrem
KUALALUMPUR: Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaruMursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islamyang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurgasebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.






Kerajaan serius bantu rakyat
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kerajaanBarisan Nasional (BN) sentiasa serius dalam mengambil berat kebajikanrakyatnya, tanpa diskriminasi kepada mana-mana kumpulan masyarakatberbilang bangsa di negara ini.

Elak kupas isu semasa berdasarkan emosi
PUTRAJAYA 18 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pengamal sertapenganalisis politik mengupas isu-isu semasa dari sudut teori bagimengelak sebarang tindakan berdasarkan emosi sehingga hilang kewarasandiri.

Manipulasi ejen punca kos pembantu rumah tinggi - Muhyiddin
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kewujudanmanipulasi di kalangan ejen telah menyebabkan kos mendapatkan pembanturumah asing di Malaysia semakin tinggi dan membebankan.

Kaji gugur 'kaum' pada borang rasmi
PUTRAJAYA 18 Ogos - Kerajaan masih mengkaji cadangan untuk menggugurkanruangan 'kaum' pada borang dan dokumen rasminya, kata Timbalan PerdanaMenteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SPRM jangan takut jalankan tugas - TPM
PUTRAJAYA18 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) melaksanakan tugas siasatan kes rasuah membabitkanpemimpin politik pada bila-bila masa tanpa rasa takut.

PM tentukan kedudukan Murugiah
PUTRAJAYA18 Ogos - Kedudukan Senator Datuk T. Murugiah sebagai Timbalan Menteridi Jabatan Perdana Menteri akan diputuskan oleh Perdana Menteri, DatukSeri Najib Tun Razak.

Akta Kerja 1955 akan dikaji semula
KUALALUMPUR 18 Ogos - Kerajaan akan mengkaji semula Akta Kerja 1955 bagimemastikan tempoh persaraan yang sama bagi pekerja lelaki dan wanitadalam sektor swasta seperti mana amalan perkhidmatan awam.

Sasaran 30% wanita pembuat dasar belum dicapai
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Sasaran 30 peratus penglibatan wanita sebagaipembuat keputusan di semua peringkat terutama sektor swasta masih belumtercapai walaupun polisi itu telah diterima kerajaan sejak Ogos 2004.

UMNO Selangor mohon injunksi
SHAH ALAM 18 Ogos - UMNO Selangor akan mengemukakan permohonan mahkamahuntuk mendapatkan perintah injunksi bagi mengetepikan keputusankerajaan negeri membina kuil di kawasan majoriti umat Islam di Seksyen23 di sini.

Pakatan pembangkang tidak hormat Islam, Agong
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Keputusan kerajaan negeri Selangor meluluskanpembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam, yang majoritinya dihunipenduduk Islam menunjukkan pembangkang tidak menghormati Islam sebagaiagama rasmi dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.

NGO sokong penduduk Seksyen 23
SHAH ALAM 18 Ogos - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkankebimbangan jika projek pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini diteruskanoleh kerajaan negeri ia boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dinegeri ini.

Pembinaan kuil tiada dalam pelan
SHAH ALAM 18 Ogos - Bekas Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Salamon Selamatberkata, kuil tidak boleh dibina di tapak di Seksyen 23 dekat siniseperti yang diputuskan oleh kerajaan negeri kerana pelan pembangunantidak memasukkan pembinaan rumah ibadat di kawasan tersebut.

Tiga lagi korban H1N1
KUALALUMPUR 18 Ogos - Jangkitan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1)terus meragut nyawa dengan tiga lagi kematian dicatatkan hari inimenjadikan jumlahnya meningkat kepada 67 orang.


Hari ini saya rasa bebas - Tengku Puan Pahang
KUANTAN 18 Ogos - ''Hari ini saya rasa bebas." Itulah ungkapan pertamaTengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebaiksahaja melangkah keluar meninggalkan Wad Diraja Hospital Tengku AmpuanAfzan (HTAA) di sini hari ini.

Keputusan kawal harga penutup hidung hari ini
KOTA KINABALU 18 Ogos - Keputusan sama ada penutup hidung dan mulutdiwartakan sebagai barang kawalan berikutan permintaan yang semakintinggi akan diketahui esok.

Kapal terbakar, 15 selamat, 10 hilang
PORT DICKSON 18 Ogos - Sebuah kapal tangki minyak dari Liberia yangmembawa 25 krew terbakar selepas berlanggar dengan sebuah kapal kargodari Britain di Selat Melaka, kira-kira 37 kilometer dari pantaiperanginan dekat sini malam ini.

Kanak-kanak mangsa H1N1
KUCHING 18 Ogos - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun daribandar raya ini menjadi mangsa terbaru yang meninggal dunia akibatwabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di negeri ini.

Polis Kelantan disuntik vaksin H1N1
KOTABHARU 18 Ogos - Semua pegawai dan anggota polis Kelantan mula menerimasuntikan vaksin untuk mencegah jangkitan wabak selesema babi atauinfluenza A (H1N1) daripada terus menular ke negeri ini.

Akhbar Cina perlu dipantau
KUALALUMPUR 18 Ogos - Jabatan Penerangan perlu memantau akhbar-akhbar Cinadi negara ini yang semakin bebas mengeluarkan berita dan artikelbersifat cauvinis.

Debat merdeka bantu beza pejuang, pengkhianat
KUALALUMPUR 18 Ogos - Penganjuran Debat Kemerdekaan Ala Parlimen diharapmembantu generasi muda membezakan antara seorang pejuang tulen danpengkhianat bangsa.

Saya bukan pengecut - Zambry
IPOH18 Ogos - ''Kalau anggap saya tidak datang semalam kerana sayapengecut, mereka silap sama sekali dan mereka tahu sejarah saya, sayabukan jenis manusia penakut!"

Murugiah buat rayuan
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk T. Murugiah memberitahu, beliau akan membuat rayuan terhadapkeputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengesahkan pemecatankeahliannya dalam Parti Progresif Penduduk (PPP).

Siti Nurhaliza antara finalis pencarian lagu 1Malaysia
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Lagu Satu Malaysia nyanyian Datuk Siti NurhalizaTaruddin ciptaan komposer Aubrey Suwito tersenarai sebagai salah satudaripada 10 buah lagu yang dipertandingkan pada peraduan Pencarian Lagu1Malaysia Kita anjuran stesen radio popular Hot FM.


Cegah jenayah agenda bersama
KUALA TERENGGANU 18 Ogos - Lebih 4,000 penduduk di bandar raya inimenghadiri Majlis Menteri Dalam Negeri Bersama Polis dan Masyarakatyang diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin di sini malam tadi.

Hasrat ibu miliki rumah demi anak-anak jadi kenyataan
TAIPING18 Ogos - Hasrat seorang ibu untuk melihat anak-anaknya hidup danmembesar di rumah yang lebih sempurna seperti kebanyakan keluarga lainakhirnya menjadi kenyataan apabila dia menerima kunjungan yang tidak disangka-sangka.

Buka puasa: Pilih hotel miliki sijil halal
PUTRAJAYA 18 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)menasihatkan umat Islam menitikberatkan aspek halal ketika berbukapuasa di hotel-hotel ketika bulan Ramadan yang dijangka bermula Sabtuini.

Harga minyak tanah Sabah, Sarawak RM1
KOTAKINABALU 18 Ogos - Kerajaan hari ini mengumumkan harga baru minyaktanah di Sabah dan Sarawak diturunkan sebanyak 95 sen kepada RM1seliter berbanding RM1.95 seliter sebelum ini.

PDRM tawar graduan menganggur jadi polis
KUALATERENGGANU 18 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia membukapeluang kepada graduan menganggur untuk menjadi pegawai polis dalammenangani isu ketandusan pekerjaan di kalangan golongan itu.


SEMANGAT KEMERDEKAAN
BAGIM. Kandapan keinginan untuk menghiasi keretanya dengan pelekat JalurGemilang dan gambar pemimpin negara bermula sejak 2003. Sempenamenyambut Kemerdekaan Ke-52 tahun ini, beliau menghiasi keretanyadengan konsep 1Malaysia. Beliau memberitahu, beliau tidak kisahberbelanja hampir RM3,000 untuk menghiasi keretanya kerana inimerupakan satu cara untuk menunjukkan semangat kemerdekaan dan cintakannegara. - BERNAMA


Kanak-kanak 3 tahun lemas
SUNGAIBULOH 18 Ogos - "Hafiz (Mohd. Nafis) jatuh dalam air," itu jawapandiberikan oleh rakan kepada seorang budak lelaki yang ditemui lemas,semalam, ketika ditanya ibu mangsa, Fatimah Shamsudin, 32.

Kerajaan cadang bangunkan kincir angin jana elektrik
KUCHING 18 Ogos - Pasukan Khas Pembaharuan Tenaga Kebangsaan (PKPTK)akan melakukan pemetaan angin di seluruh negara bagi mengenal pastilokasi-lokasi sesuai untuk dibina kincir angin yang menjana tenagaelektrik.

13,169 meter teksi diselaras
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Hampir separuh daripada 30,000 teksi diSemenanjung membabitkan 13,169 teksi telah menyelaraskan metermasing-masing dan menjalani pemeriksaan di Puspakom Sdn. Bhd.

Kematian bukan berpunca gas ammonia
SHAH ALAM 18 Ogos - Siasatan awal tragedi kebocoran gas di sebuahkilang memproses baja ikan hingga meragut enam nyawa di Bagan Pasir,Tanjong Karang pada Selasa lalu mendapati ia berpunca daripada gasberacun yang dihasilkan oleh sisa ikan bukannya gas ammonia.

Guru, pelajar sesat tiga jam dalam hutan ditemui selamat
KUANTAN 18 Ogos - Seorang guru muzik bersama seorang pelajarnya yangtersesat selama tiga jam di Hutan Bukit Pelindung di sini semalam,berjaya diselamatkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) malamtadi.

Ambil pakar swasta
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kerajaan akan mengambil pakar perubatan swastauntuk bekerja secara kontrak atau sambilan bagi membantu merawatpesakit di hospital kerajaan di seluruh negara.

Pastikan graduan perubatan berdaya saing
PETALINGJAYA 18 Ogos - Semua universiti dan kolej yang menawarkan kursusperubatan perlu memastikan graduan dilahirkan berkemampuan menjadipengamal perubatan berdaya saing serta beretika.

LPKP jawab aduan dalam masa 3 hari
KUALALUMPUR 18 Ogos - Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akancuba menjawab sebarang aduan yang diterimanya daripada orang ramaidalam tempoh tiga hari.








Kaji umur persaraan lelaki, wanita diseragam
KUALALUMPUR: Kerajaan akan mengkaji Akta Pekerja untuk menjamin kesamarataanhad umur persaraan antara lelaki dan wanita dalam sektor awam sertaswasta.

Pesara guru dakwa temui penawar selesema babi
PENDANG:Seorang pengamal perubatan tradisional di Bukit Kuang di sini, mendakwamampu mengubati Influenza A (H1N1) menggunakan tujuh jenis herba danbuah tempatan yang dihasilkan sendiri sejak sebulan lalu.

2 kapal dagang berlanggar
PORTDICKSON: Sebuah kapal tangki dan sebuah kapal karier 'bulk' berlanggardan sebuah daripadanya terbakar di perairan antarabangsa di SelatMelaka, kira-kira 20 batu nautika dari pantai di sini, malam tadi.

Mayat budak ditemui bawah tunggul kayu
SUNGAIBULOH: Mayat kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang tergelincir kedalam sungai berhampiran rumahnya di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras disini, petang kelmarin, ditemui bapa saudaranya di bawah tunggul kayuselepas lebih 16 jam, pagi semalam.

6 maut di loji simpan ikan hidu gas toksik
SHAHALAM: Enam lelaki termasuk dua warga Bangladesh yang maut di lojisimpanan ikan terbuang dan penyimpanan ikan segar di Kampung BaganPasir, Tanjong Karang pada 11 Ogos lalu disebabkan terdedah kepada gasHidrogen Sulfida atau gas toksik lain, bukannya gas amonia.

Harga kenderaan dijangka turun
KUCHING: Pembaharuan di dalam Dasar Automotif Nasional (NAP), yang dijangka akandiumumkan kerajaan dalam tempoh terdekat, akan membolehkan penduduk dinegara ini menikmati harga kenderaan yang lebih rendah antara 10 dan 15peratus berbanding ketika ini.

Selesema babi menular sehingga tahun depan
KUALALUMPUR: Wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) dijangka terusmenular untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun lagiwalaupun Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin untuk penyakit itumenjelang Oktober depan.

Tengku Puan Pahang, anak bebas H1N1
KUANTAN:"Tempoh 12 hari menjalani rawatan di wad selepas disahkan dijangkitiInfluenza A (H1N1) adalah saat paling getir dalam hidup saya apatahlagi mengenangkan nasib lima anakanda yang turut menempuh saatmencemaskan ini," kata Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah MaimunahIskandariah Sultan Iskandar.

Lokasi berbuka mesti ada sijil halal
PUTRAJAYA:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta penganjur majlisberbuka puasa memastikan lokasi berbuka termasuk hotel memiliki sijilperakuan halal dikeluarkan jabatan itu atau Majlis Agama Islam Negeri.

LPKP sedia hotline baru
KUALALUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menaik taraftalian hotline bebas tol dan memperkenalkan SMS baru bagi menggantikansistem aduan sebelum ini yang dilihat gagal berfungsi dengan berkesan.

66 kolej berdepan risiko 'gulung tikar'
SERIKEMBANGAN: Kementerian Pengajian Tinggi sedang menjalankan auditterhadap 66 kolej swasta, majoriti milik Bumiputera yang berdepanrisiko 'gulung tikar' kerana masalah kewangan dan kekurangan pelajar.

Kapal selam pertama tiba 17 September
TELUKSEPANGGAR: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman,dijadualkan tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)Markas Wilayah Laut II di sini, pada 17 September ini.

Perbankan Islam perlu diperkukuh
LANGKAWI:Sistem kewangan, terutama perbankan konvensional sedia ada perludinilai semula pelaksanaan operasinya kerana terbukti berdepankegagalan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


0 Komentar untuk "NASIONAL : RABU 19 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI