GLOBAL : RABU 19 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

GLOBAL : RABU 19 OGOS 2009

ASEAN bincang pembebasan Suu Kyi
SINGAPURA 18 Ogos - Para pegawai ASEAN akan membincangkan cadanganThailand untuk mengemukakan rayuan bersama supaya Myanmar membebaskanikon demokrasi, Aung San Suu Kyi, semasa mesyuarat mereka di Jakartalewat minggu ini.


Taufan politik Taiwan
TAIPEI18 Ogos – Timbalan Menteri Luar Taiwan meletakkan jawatan hari iniketika kerajaan menerima kritikan hebat ekoran tindakan lambat dalammenghadapi taufan Morakot, yang meragut 500 nyawa di pulau ini sertamenyebabkan kerugian bernilai kira-kira AS$1.5 bilion (RM5.3 bilion)


Loji hidro banjir, 12 maut
MOSCOW18 Ogos - Satu kemalangan berlaku semasa kerja membaiki kerosakan diloji hidro elektrik terbesar di Rusia semalam menyebabkansekurang-kurangnya 12 pekerja terbunuh, manakala 64 yang lain hilangdan dipercayai mati, selepas sebuah bilik enjin tiba-tiba dibanjiriair.

Rakyat Afghan tekad keluar mengundi Khamis
KABUL18 Ogos - Rakyat Afghanistan yang telah mengharungi pendudukan Soviet,perang saudara dan penindasan Taliban kini sanggup bertarung nyawauntuk mengundi bagi membawa masa depan lebih baik kepada Afghanistan,tetapi tidak yakin Presiden yang dipilih kelak mampu menghasilkankeamanan dan kemakmuran yang dijanjikan.

Kim Dae-jung meninggal dunia
SEOUL18 Ogos - Bekas Presiden Korea Selatan, Kim Dae-jung, yang juga tokohnegara ini yang memperjuangkan demokrasi dan memenangi Hadiah NobelKeamanan pada tahun 2000 atas usaha pemulihan hubungan baik denganKorea Utara, meninggal dunia hari ini pada usia 85 tahun.

Susilo diisytihar secara rasmi Presiden
JAKARTA18 Ogos - Komisi Pemilihan Umum (KPU) hari ini mengisytiharkan secararasmi Susilo Bambang Yudhoyono ( gambar ) dan Boediono sebagai Presidendan Naib Presiden Indonesia berdasarkan kepada keputusan pilihan rayaPresiden 2009.

Polri: Pengeboman di Jakarta dibiayai al-Qaeda
JAKARTA18 Ogos - Polis Indonesia (Polri) percaya pembiayaan bagi kejadianpengeboman di dua buah hotel mewah di Jakarta pada 17 Julai lalu,datang dari Asia Barat yang mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda.

Penggodam curi lebih 130 juta nombor kad kredit didakwa
WASHINGTON18 Ogos - Seorang lelaki berusia 28 tahun didakwa semalam dalam kespenipuan kad kredit terbesar di Amerika Syarikat (AS) yang melibatkanpencurian lebih 130 juta nombor kad, kata Jabatan Kehakiman.

Demam Bollywood landa Brazil
RIODE JANEIRO 18 Ogos - Istana berwarna merah jambu, sari yang berkilauandan tarian Bollywood jelas menunjukkan ia produk filem India. Tetapikenapa pelakonnya berbahasa Portugis dan bercium dengan penuh ghairah?

Spielberg meterai perjanjian RM2.9 trilion
LOSANGELES 18 Ogos - Salah seorang pengarah filem terkenal Hollywood,Steven Spielberg akhirnya menandatangani perjanjian melibatkan salurandana berjumlah AS$825 juta (RM2.9 trilion) daripada syarikat RelianceBig Entertainment dari India, JPMorgan dan The Walt Disney Co.,demikian diumumkan oleh syarikatnya hari ini.

Jacko dikebumi di Los Angeles
LOSANGELES 18 Ogos - Bapa Michael Jackson menyatakan bahawa mayat anaknyaitu akan dikebumikan di tanah perkuburan di bandar raya ini pada 29Ogos ini sempena ulang tahun kelahiran ke-51 Raja Pop itu.







Kumpulan anti-Obama bawa senjata api
PHOENIX:Sekurang-kurangnya 12 orang membawa senjata, termasuk raifal separaautomatik tentera, kelihatan di kalangan penunjuk perasaan yangberhimpun di luar pusat konvensyen di mana Presiden Barack Obamamemberi memberi ucapan di sini kelmarin - insiden terbaru yangmencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan pemimpin Amerika Syarikatitu.

Mubarak temui Presiden AS bincang isu Palestin
WASHINGTON: Presiden Mesir, Hosni Mubarak tiba di Rumah Putih untuk perbincangansemalam, dan menggesa Presiden Barack Obama supaya mendapatkanpersetujuan Israel untuk berunding pada peringkat terakhir mengenai isupenting dengan Palestin.

Macam-Macam: Mahu ke Australia tiba di Kanada
AMSTERDAM:Seorang lelaki warga Belanda bersama cucunya menyangka mereka selamattiba di Sydney, Australia apabila pramugari membuat pengumuman, tetapiterkejut apabila mendapati mereka mendarat di Sydney, Nova Scotia,Kanada.
0 Komentar untuk "GLOBAL : RABU 19 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI