BUENOS AIRES - Seekor kuda liar melambung hampir 10 meter ke udara selepas haiwan itu bertembung dengan sebuah kereta lumba, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman video kemalangan dahsyat itu yang berlaku ketika Rali Argentina berlangsung pada Ahad lepas menunjukkan seorang pemandu, Federico Villagra merempuh kuda tersebut dengan kereta Mitsubishi Evo yang dipandunya.
Haiwan itu cedera teruk dan terpaksa dihapuskan selepas ia tiba-tiba berkeliaran di litar perlumbaan tersebut.
Dua ekor kuda lain yang turut berada di litar itu berjaya mengelak daripada dilanggar kereta Villagra.
Sebuah akhbar Argentina melaporkan di sebalik pelanggaran dahsyat itu, Villagra hanya mengalami cedera ringan dan hanya kehilangan 30 saat masa perlumbaan.
"Saya terkejut melihat kuda-kuda itu melintas. Seekor daripadanya melanggar cermin hadapan kereta saya dan terpelanting ke belakang kereta," katanya. - Agensi
Kesiannya dengan kuda ni. Lain kali tengok kiri kanan sebelum melintas.
0 Komentar untuk "Kuda terpelanting dilanggar pemandu rali"