NASIONAL : AHAD 30 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

NASIONAL : AHAD 30 OGOS 2009

Jangan cetus pertelingkahan
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pihak polis telah diarahkan mengambil tindakantegas terhadap mereka yang sengaja mencetuskan pertelingkahan kaumtanpa mengira sesiapa termasuk 200 penduduk Islam yang berarak membawakepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam .


SEMARAK MERDEKA
Walaupunsedang menjalani ibadah puasa, para peserta yang mengambil bahagiandalam raptai penuh sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 tetap bersemangattinggi semasa membuat persembahan di Dataran Parlimen, Kuala Lumpursemalam.

MCA akan kembali kukuh
- Pucuk pimpinan MCA akan memastikan konflik dalaman parti diselesaikansecepat mungkin dalam usaha mengembalikan keutuhan dan perpaduan parti.

H1N1 serang paru-paru
WASHINGTON29 Ogos - Doktor di seluruh dunia melaporkan kes-kes selesema babidalam bentuk teruk yang terus menyerang paru-paru, menyebabkan pesakityang biasanya golongan muda mengalami kegagalan sistem pernafasan yangserius sehingga memerlukan rawatan rapi berpanjangan di hospital.







Dua bengkel terbakar, 25 kereta hangus
AMPANG:Sebanyak 25 kereta hangus dalam kebakaran yang memusnahkan dua bengkelmembaik pulih kenderaan serta dipercayai menyebabkan kerugian hampirRM1 juta di Jalan Hulu Klang, di sini kira-kira jam 6 pagi semalam.

Gaji RM3,000 dibantu
MUAR:Kerajaan akan membantu kira-kira 40 peratus rakyat negara ini yangberpendapatan di bawah RM3,000 sebulan menambah pendapatan mereka,terutama di kawasan bandar yang berdepan kos sara hidup tinggi, kataTan Sri Muhyiddin Yassin.







Amalkan disiplin Ramadan
PEKAN 29 Ogos - Umat Islam akan lebih berjaya pada masa hadapan jikadisiplin bulan Ramadan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, kataDatuk Seri Najib Tun Razak.

Pendapatan bawah RM3,000 dibantu - TPM
MUAR29 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan membantumenambah pendapatan kira-kira 40 peratus rakyat negara ini yangberpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Bom hanya panggilan palsu
KUALALUMPUR 29 Ogos - Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mengesahkan ancamanbom terhadap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sebagai panggilan bompalsu.


TPM lawat Restoran Rakyat 1Malaysia
KUALALUMPUR 29 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinhari ini melawat Restoran Rakyat 1Malaysia iaitu sebuah restoranberteraskan kepada kebajikan rakyat di Medan Tuanku di sini.

Juadah puasa serendah RM2
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Set juadah berbuka puasa serendah RM2, jamuan berselerak pula hanya RM5 dan moreh RM1.


Rakyat merajuk, habislah kita - Tun Fatimah
KUALALUMPUR 29 Ogos - Orangnya amat berpegang pada prinsip hidup bahawamanusia terutama orang Islam perlu berdisiplin dan mempunyai hati yangikhlas dalam melakukan setiap perkara.


Rais mahu peserta bersemangat
KUALALUMPUR 29 Ogos - Semua peserta sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 terutamamereka yang menjalani ibadah puasa dinasihatkan agar menjaga kesihatansupaya sentiasa optimum.

Bonus peserta sebelum raya
SEMPORNA29 Ogos - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri MohdShafie Apdal berkata, bayaran bonus kepada peserta Lembaga Penyatuandan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Pihak Berkuasa KemajuanPekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan dibayar sebelum Aidilfitri.

Bilik gerakan terima aduan
KUALALUMPUR 29 Ogos - Bilik-bilik gerakan yang diwujudkan oleh KementerianPerdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) khususbagi menangani masalah bekalan gula di kesemua negeri mula menerimaaduan mengenai masalah berkenaan.

Semua negeri dapat layanan adil
PULAUPINANG 29 Ogos - Semua negeri akan mendapat layanan adil dalamRancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang akan bermula pada 2011, kataMenteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Saham: Miskin tegar, ibu tunggal paling layak
KUALALUMPUR 29 Ogos - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yakingolongan miskin tegar dan ibu tunggal sebagai golongan paling layakuntuk menerima peruntukan RM100 juta dalam bentuk saham amanah.

22 projek lewat di PP siap RMK-9
PULAUPINANG 29 Ogos - Kerajaan Pusat akan memastikan semua 22 projek yangterlewat dijalankan di negeri ini siap sebelum tamat tempoh RancanganMalaysia Kesembilan (RMK-9).

Kad 1Malaysia Touch 'n Go laris
KUALALUMPUR 29 Ogos - Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak nyata mempunyai magis tersendiri.


Hadiah Proton Perdana V6 rezeki bulan Ramadan
SEREMBAN29 Ogos - Kejayaan memperoleh sebuah kereta Proton Perdana V6 melaluicabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN)merupakan hadiah istimewa bagi Dr. Fakharuddin Md. Yunus, 52, menjelangHari Raya Aidilfitri kali ini.


Hubungan baru Malaysia-AS
KUALALUMPUR 29 Ogos - Hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) akandiberi nafas baru terutama dalam merancakkan lagi kerjasama ekonomiantara kedua-dua negara.

Isu kuil: Selangor sedia bincang
SHAH ALAM 29 Ogos - Kerajaan negeri sedia berbincang bagi menyelesaikanisu pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini, selepas penduduknyamengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) semalam bagi membantah cadangan tersebut.

Polis ambil tindakan penduduk sertai perhimpunan
SHAHALAM 29 Ogos - Penduduk Islam yang menyertai perhimpunan membantahcadangan pembinaan kuil di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) di sini semalam akan dikenakan tindakan undang-undang oleh polis.


Kerajaan negeri tanggung kos pembedahan Ayub RM30,000
KUALATERENGGANU 29 Ogos - Ramadan tahun ini amat bermakna bagi Haryati AhmadFauzi, 32, apabila kerajaan negeri sedia menanggung kos pembedahanjantung anaknya sebanyak RM30,000.

Kefahaman terhadap H1N1 rendah
KUALALUMPUR 29 Ogos - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkankefahaman dan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai wabak selesema babiatau influenza A (H1N1) masih rendah termasuk cara penularannya.

Bot terbalik: 4 mayat ditemui, 1 masih hilang
KAPIT29 Ogos - Mayat empat daripada lima mangsa bot terbalik di Nanga Arai,Batang Rejang kelmarin berjaya ditemui pasukan penyelamat hari ini.

Warga tua ditemui mati
TELUKINTAN 29 Ogos - Seorang lelaki tua yang tidak mempunyai keluarga dansaudara mara ditemui mati di hadapan sebuah kedai di Taman Pagodaberhampiran stesen bas lama, dekat sini hari ini.


BANK RAKYAT RAI MEDIA
BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) meraikan petugasmedia pada majlis berbuka puasa di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur,kelmarin. Majlis yang berlangsung meriah dan penuh muhibah itu dihadirikira-kira 150 kakitangan Bank Rakyat dan wakil media yang terdiridaripada pelbagai organisasi.Program itu diadakan setiap tahunbertujuan merapatkan lagi hubungan antara pihak media dengan wargakerja Bank Rakyat. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah UrusanBank Rakyat, Datuk Kamarulzaman Che Mat, Penolong Ketua Pengarang IIKumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid dan Pengarang Utusan Malaysia,Hassan Mohd. Noor. n KAMARULZAMAN Che Mat (kanan) berbual dengan HassanMohd. Noor (tengah) dan Ahmad Abdul Hamid pada majlis berbuka puasaBank Rakyat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, kelmarin.







Petugas YB kena pukul, nyaris dirogol
SEREMBAN:Seorang kakitangan wanita sebuah pusat khidmat masyarakat Ahli DewanUndangan Negeri (Adun) melalui pengalaman mengerikan semalam, apabiladiserang dan nyaris dirogol dua penjenayah di pejabat Adun berkenaan disini.

Puasa kaedah tarbiyah bentuk insan berkualiti
PEKAN: Perdana Menteri menggesa umat Islam menjadikan ibadat puasa sebagaisuatu kaedah tarbiyah untuk membentuk insan yang berkualiti baik darisegi dalaman dan luaran.

Peserta tak digalak bersentuhan
KUALALUMPUR: Peserta dan orang ramai yang menyertai atau menghadiri sambutanHari Kemerdekaan kali ke-52 esok tidak digalak bersalam dan sentuhmenyentuh secara keterlaluan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakrisiko dijangkiti Influenza A (H1N1).

'Manfaat bilik gerakan'
KUALALUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa orangramai memanfaatkan sebaik-baiknya bilik gerakan yang dibuka KementerianPerdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalamusaha menangani masalah kekurangan bekalan gula.

Pemimpin MCA akur selesai segera krisis
KUALALUMPUR: Pemimpin MCA akur dengan arahan Datuk Seri Najib Razak supayakrisis dalaman parti itu diselesaikan segera bagi mengelakkan implikasiburuk kepada Barisan Nasional (BN).

Langkah Tradewinds selamatkan Bernas tepat
KUALALUMPUR: Cadangan syarikat perladangan dan produk pertanian tempatan,Tradewinds (M) Bhd membeli semua saham yang dimiliki firma pelaburanHong Kong, Wang Tak Co Ltd dalam PadiBeras Nasional Bhd (Bernas)melegakan banyak pihak.

22 projek RM300j siap akhir 2010
GEORGETOWN:Sebanyak 22 projek pembangunan di Pulau Pinang bernilai hampir RM300juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang mengalamikelewatan, dijadualkan siap sepenuhnya hujung tahun depan.

NGO Perak dapat RM2.5 juta
IPOH:Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.5 juta untuk diagihkan kepadapertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarela di Perak yangterbabit dalam membantu golongan kurang bernasib baik.

Media asing eksploitasi isu sekatan jalan kaum Penan
MIRI:Sesetengah media asing dipercayai sengaja mengeksploitasi isu sekatanjalan oleh suku kaum Penan di kem pembalakan di Baram, utara Sarawaksemata-mata untuk mendapatkan perhatian dan meraih 'populariti'antarabangsa.

Sembilan tinggal sehelai sepinggang
PONTIAN:"Tak tahulah bagaimana nak menyambut Aidilfitri nanti... semua barangkeperluan termasuk baju raya yang sudah dibeli, hangus terbakar," kataSukini Khamis, 52, yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnyamusnah dalam kebakaran di Kampung Parit Mesjid, di sini kelmarin.

400 tan gula tiba Rabu
KOTAKINABALU: Sebanyak 400 tan gula dijangka tiba di Pelabuhan KotaKinabalu, di sini Rabu ini bagi memastikan bekalan bahan berkenaanmencukupi sepanjang Ramadan sehingga menjelang Aidilfitri hujungSeptember ini.

Projek air Pahang ke Selangor bermula
KUALALUMPUR: Kerja awal pembinaan terowong pemindahan air terbesar di AsiaTenggara sepanjang 45 kilometer dari Karak di Bentong, Pahang ke HuluLangat, Selangor membabitkan kos RM1.3 bilion, sudah bermula dua minggulalu.

Umat Islam belanja RM1.7b untuk berbuka, hari raya
KUALALUMPUR: Sekurang-kurangnya RM1.7 bilion dibelanjakan umat Islamsepanjang Ramadan bagi membeli keperluan berbuka dan membuat persediaanmenyambut Aidilfitri.

5 sekeluarga dapat hidayah peluk Islam
PONTIAN:Mengambil berkat bulan yang mulia, lima sekeluarga memeluk Islam dalamsatu majlis yang diadakan di kediaman mereka di Kampung Pontian Besar,di sini, malam kelmarin.

60,000 keluarga miskin, OKU akan terima bantuan
KUALALUMPUR: Kira-kira 60,000 keluarga miskin termasuk warga emas, anakyatim serta orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara akan menerimabantuan serta sumbangan menerusi Tabung Maybank Sejahtera bagimembolehkan mereka menjalani kehidupan lebih selesa.

Kadar kitar semula disasar 22 peratus menjelang 2020
PUTRAJAYA:Kerajaan mensasar mencapai kadar kitar semula sebanyak 22 peratusmenjelang 2020 menerusi pelaksanaan pelbagai program kitar semula diseluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DatukSeri Kong Cho Ha.

15 penduduk miskin dapat sumbangan
HULUSELANGOR: Surau Al-Amien, Pangsapuri Seri Anggerik 3, Bukit Sentosadekat sini, kelmarin menjadi destinasi pembuka tirai Program SemarakRamadan Berita Harian.

Mayat empat mangsa bot terbalik ditemui
KAPIT: Pasukan mencari dan menyelamat semalam menemui empat daripada limamayat penduduk rumah panjang yang hilang selepas bot panjang merekanaiki di Sungai Rajang, terbalik lalu karam di Nanga Arai, Khamis lalu.

Lelaki pulang dari masjid terbunuh dilanggar lori
ALORSETAR: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas motosikalmereka bertembung dengan sebuah lagi motosikal sebelum dilanggar loriketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat Subuhdan mendengar tazkirah di Masjid Kampung Sungai Durian, Pokok Sena, disini pagi semalam.

Pembawa yakin pemandu bas mencukupi
KUALALUMPUR: Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia(Pembawa) tidak menjangkakan berlaku kekurangan pemandu bas ekspresmenjelang sambutan Aidilfitri walaupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)bertegas melancarkan operasi mengesan pemandu yang mempunyai tunggakansaman lalu lintas.

Suami isteri simbah air ke kotak fius melecur
ALORSETAR: Sepasang suami isteri melecur 60 peratus akibat disambar apiselepas dikatakan panik dengan menyimbah air untuk memadamkan percikanapi yang dipercayai berpunca daripada litar pintas di kotak suis utamadi pangsapuri mereka di Taman Setia Jaya, di sini pagi semalam.

Catu belian tidak selesai krisis gula
KUALALUMPUR: Kerajaan tidak akan melaksanakan catuan pembelian gula untukmengatasi krisis bekalan kerana langkah itu hanya memburukkan lagikeadaan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Tindakan tegas jika sentuh isu sensitif
KUALALUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan polis mengambiltindakan tegas ke atas pihak yang melakukan tindakan menyentuhsensitiviti sesuatu kaum dan agama.

Tuduhan cemar imej polis: Musa
KUALALUMPUR: Bukit Aman memandang serius tuduhan Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Samad kononnya polis bersekongkol dengan Umno dalam menanganibantahan penduduk berhubung cadangan pembinaan kuil Hindu di Seksyen23, Shah Alam.

Dr Mahathir doa negara terus maju
TUNDr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak dapat menghadiri sambutanHari Kemerdekaan ke-52 yang buat julung kali akan diadakan di DataranParlimen, esok.

10,302 dijangka sertai sambutan
MESKIPUNsambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 di Dataran Parlimen esok berlangsungketika Ramadan, namun seramai 10,302 peserta terbabit dalam acara itusudah bersedia untuk menjayakan hari bersejarah itu yang julung kalidiada-kan di dalam kawasan Parlimen.

78,019 peserta Felcra dapat dividen RM445j sebelum raya
SEMPORNA:Seramai 78,019 peserta tanah rancangan Felcra Berhad di seluruh negaraakan mendapat dividen berjumlah RM445 juta, yang akan dibayar sebelumAidilfitri.

Kesedaran cegah H1N1 rendah
KUALALUMPUR: Kesedaran rakyat negara ini mengenai Influenza A (H1N1) danlangkah pencegahannya masih rendah, kata Menteri Kesihatan, Datuk LiowTiong Lai.

Jadikan prinsip Kennedy inspirasi bina masa depan negara: Najib
KUALALUMPUR: Malaysia harus melihat apa yang ditinggalkan oleh negarawanulung Amerika Syarikat, Senator Edward Ted Kennedy yang meninggaldunia, baru-baru ini supaya menjadi inspirasi kepada negara untukmembina masa depan lebih cemerlang, kata Datuk Seri Najib Razak.
0 Komentar untuk "NASIONAL : AHAD 30 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI