GLOBAL : AHAD 30 OGOS 2009
Discovery berjaya berlepas
CAPE CANAVERAL, Florida 29 Ogos - Kapal angkasa Amerika Syarikat (AS),Discovery berlepas dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy di sini malam tadidalam misi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Feri karam: 10 mati, 12 hilang
JAKARTA29 Ogos - Sekurangkurangnya 10 orang terkorban dan 12 lagi hilangapabila sebuah feri yang sarat dengan penumpang karam di kawasanperairan Indonesia malam tadi.
Kapal Korea Utara ditahan
NEWYORK 29 Ogos - Emiriah Arab Bersatu (UAE) merampas sebuah kapal yangmembawa senjata dari Korea Utara ke Iran, menandakan kali pertamasebuah negara bertindak untuk melaksanakan sekatan PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyekat eksport senjata rejim komunisitu.
Kumpulan rock Oasis berpecah
LONDON29 Ogos - Pemain gitar utama Oasis, Noel Gallagher (gambar) mengumumkanbeliau meninggalkan kumpulan rock Britain itu kerana tidak sanggup lagibekerja dengan adiknya, Liam.
Rakyat Jepun mengundi hari ini
TOKYO29 Ogos - Calon-calon di seluruh Jepun menjalankan kempen terakhir hariini menjelang pilihan raya Parlimen esok, yang dijangka dimenangi olehParti Demokratik Jepun (DPJ), memberi parti pembangkang yang belumdiuji itu tugas menangani masalah pengangguran dan masyarakat yangsemakin tua.
Muntadar bebas bulan depan
BAGHDAD29 Ogos - Wartawan Iraq yang dipenjarakan selepas membaling kasut kearah bekas Presiden George W. Bush akan dibebaskan bulan hadapan.
Beckinsale tidak pasti kembali ke Underworld
LOSANGELES 29 Ogos - Kate Beckinsale berkata, beliau tidak tahu sama adaakan melakonkan lagi watak sebagai Selene dalam filem Underworld 4 danmenyifatkan laporan media yang mengaitkannya sebagai 'sekadar khabarangin'.
WHO dedah kemunculan Influenza A lebih teruk
WASHINGTON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berkata pihaknya menerima laporankemunculan virus selesema babi (H1N1) jenis teruk yang terus menyerangparu-paru menyebabkan penghidapnya sakit tenat serta perlu menjalanirawatan mahal di hospital.
Jacko disahkan mati akibat ubat pelali berlebihan
LOSANGELES: Kematian Michael Jackson diklasifikasikan sebagai homisidakibat penggunaan berlebihan ubat pelali propofol dan satu lagi pelali,koroner mengumumkan kelmarin dalam satu keputusan amat dinantikan yangmenambah kemungkinan dakwaan jenayah ke atas doktor bintang pop itu.
Macam-Macam: Wanita kena tahan kali ke-46 bawa kereta curi
FERNDALE:Seorang pemandu kereta wanita yang pernah digantung lesen 45 kaliberikutan pelbagai kesalahan, ditahan untuk kali ke-46, semalam selepasdidapati memandu kereta curi dan membawa minuman keras.
Pendakwa kurang bukti kaitkan Hambali serangan bom di Bali
SYDNEY:Hambali, dipercayai dalang di sebalik pengeboman Bali pada 2002,kemungkinan terlepas hukuman atas peranannya dalam serangan itu, laporakhbar The Weekend Australian semalam.
Pemberontak Pattani didakwa rancang serangan
BANGKOK: Pemberontak dari Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (Pulo) danKerjasama Barisan Revolusi Nasional yang terlatih dalam pembuatan bomdi luar negara sudah menyusup masuk ke selatan negara ini dalampersediaan untuk serangan besar-besaran, kata satu sumber perisikan.
UAE rampas kapal kargo Korea Utara
NEWYORK: Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata pihaknya merampas sebuah kapalkargo yang sedang dalam perjalanan menuju ke Iran awal bulan ini,bersama sejumlah senjata diharamkan dari Korea Utara.
Makanan mahal, iftar kurang meriah di Pakistan
ISLAMABAD:Kenaikan kebanyakan harga barangan makanan terutama buah-buahanmenjadikan berbuka puasa sempena Ramadan tahun ini kurang meriah diPakistan, terutama bagi penduduk yang kurang berkemampuan.
90,000 banjiri Masjidil Aqsa
BAITULMAQDIS: Puluhan ribu penganut Islam memenuhi pekarangan Masjid Al-Aqsa dibandar lama di sini untuk solat Jumaat pertama Ramadan kelmarin, denganpolis Israel melaporkan tiada insiden ketara berlaku.
Karzai dahului Abdullah 46.3 peratus undi
KABUL:Hamid Karzai mendahului pencabarnya dalam pilihan raya PresidenAfghanistan dengan 46.3 peratus undi berbanding 31.3 peratus yangdiperoleh bekas menteri luar, Abdullah Abdullah, berdasarkan keputusanterbaru yang diumumkan oleh suruhan jaya pilihan raya semalam.
Lima mati feri karam di Pulau Borneo
JAKARTA:Sekurang-kurangnya lima orang mati lemas dan 18 yang lain masih hilangapabila sebuah feri yang penuh sesak karam di laut Indonesia malamkelmarin, lapor media dan polis. Pegawai kanan polis, Sarjan Edyberkata feri malang itu, Sari Mulia, karam malam Jumaat lalu ketikadalam perjalanan dari Negara ke Banjarmasin, di Pulau Borneo.
Kumpulan 'Baju Merah' tangguh perhimpunan
BANGKOK:Kumpulan 'Baju Merah' yang menyokong bekas Perdana Menteri, ThaksinShinawatra menangguhkan rancangan berhimpun di luar pejabat PerdanaMenteri Abhisit Vejjajiva, berikutan undang-undang keselamatan ketatyang diluluskan minggu lalu.
0 Komentar untuk "GLOBAL : AHAD 30 OGOS 2009"