HIBURAN : AHAD 30 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

HIBURAN : AHAD 30 OGOS 2009


Nora Danish yang bertuah
LEMBUT sikap dan sifat namun dalam kelembutan itu ada kekuatan danketabahan yang tidak ternilai untuk terus mengharungi cabarankehidupan. Masakan tidak, baru menginjak usia 27 tahun Mac lalu, kinidi bahunya sudah terbeban satu tanggungjawab besar - sebagai seorangibu tunggal.


Sardin hidangan sahur Mawi & Ekin
Hari ini sudah sembilan hari umat Islam meraikan Ramadan, bulan suciyang menuntut setiap daripada kita mempertingkatkan amalan.


Terpaksa tanggung malu - Hafiz
Cerita ini dah lama. Dah lebih sebulan. Tapi di sana sini orang masihbercerita ataupun bercakap-cakap mengenai perangai pelakon HafizNafiah, 25. Dia dikatakan terlalu mengejar glamor dan kemaruk sangatdengan publisiti. Dalam erti kata lain macam kemaruk untuk muncul diakhbar.

SITI JARUM
P. Ramlee dan televisyen Siti tertarik dengan kolum Hari Itu SudahBerlalu tulisan Zainuddin Maidin (ZAM) dalam Mingguan Malaysia yangmencatatkan kata-kata P. Ramlee tahun 1960-an. Ketika itu sudah adatelevisyen dan orang tak menonton filem, mereka menonton televisyen.

REAKSI PEMBACA
Tertunggu buah tangan U-Wei Salam SJ. Minggu lepas saya ada baca pasalU-Wei nak mengarah filem baru tajuknya Hanyut. Saya memangtertunggu-tunggu buah tangan U-Wei yang baru. Kalau SJ nak tau, semuafilem U-Wei saya ada koleksi sebab film grammar dia uniklah. Jauh kedepan kalau kita nak banding dengan kebanyakan pengarah yang ada.

Pelakon tuntut bayaran
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengarah filem Dharma HarunAl-Rashid kerana hampir menyiapkan filem terbarunya Adik Manja Return.Filem tersebut ialah kesinambungan filem Adik Manja yang pernahditerbitkan pada tahun 1979 arahan Othman Hafsham yang memperolehkutipan luar biasa RM3.5 juta.

Ifa Raziah "dikapur" rakan artis
Penyanyi dangdut Ifa Raziah mengadu ada seorang artis yang pernahtersenarai sebagai top-5 tapi tak memang dalam Anugerah Bintang Popular(ABP) sudah tipu dia.

Komposer veteran tak puasa?
Adaseorang pelajar sebuah institusi kesenian bercerita dia terkejutmelihat gelagat seorang komposer terkenal awal Ramadan lalu.

"Bibik cabut lari"
KRING KRING (KK): Assalamualaikum bang Niezam. Saya ni Yanti.

Tahniah Naz!
WAH! WAH! WAH! Dalam diam rupa-rupanya pengacara Breakfast Show ntv7,Naz bakal bergelar bapa. Joyah dengar isterinya, Sheahnee Iman Lee kinisedang berbadan dua. Kehamilannya masih terlalu baru, mungkin hanyabeberapa minggu.

Amy Mastura gamatkan IB
DAH lama tak dengar cerita Amy Mastura. Walaupun lagunya Happy pernahmenjadi siulan tapi tak lama kemudian senyap. Baru-baru ini Joyah adaterserempak dengannya masa dia menghadiri fotografi di studio. Lagaknyamacam biasa. Selamba saja dan kalau tak melawak, memang tak sah danbukan Amy Masturalah namanya.

Roslan Shah dah 'Jantan'
KALAU dulu lakonannya dalam drama Mabuk Estrogen menimbulkan kontroversi gara-gara aksi ‘bercium’ tapi sekarang tidak lagi.

Lady Gaga kaki lelaki
SELAINdikenali dengan pakaian pelik, Lady GaGa juga terkenal denganperangainya yang suka bertukar-tukar pasangan. Semua lelaki yang kacakingin didampingi termasuk ahli kumpulan berasal dari Inggeris, TakeThat.

J.Lo takut gelap
"Sayasuka kedamaian tetapi tidak suka kepada kegelapan. Marc selalu matikanlampu selepas saya terlelap. Kalau tidak, jangan haraplah saya bolehtidur," kata Jennifer Lopez.

LeAnn Rimes suspek langgar lari?
Ekoranpernah terlibat dalam kes langgar lari sebelum ini, LeAnn Rimesmendapat persepsi buruk di kalangan peminat-peminatnya apabila disoalsiasat oleh sepasukan anggota polis di rumahnya.
Priyanka terkena tempias kemelesetan
PELAKON Priyanka Chopra merupakan aktres pertama membuat kenyataanmengenai kariernya yang dilihat semakin 'teruk' akibat kemelesatanekonomi dunia. Ini berikutan terdapat produser yang mengambil langkahberjimat dengan mengurangkan harga bayaran pelakon dan kos produksi.

Aishwarya nafi kena H1N1
BEKAS Miss World, Aishwarya Rai Bachchan menafikan khabar angin yangmengatakan dirinya dijangkiti selesema babi selepas mengalami demampanas berlarutan selama empat hari.


Alice Norin dan DJ Riri bercerai
Bermula dengan pengakuan Alice Norin tentang kecurangan terhadapsuaminya DJ Riri April lepas menjadikan pasangan ini sudah tidak bolehtinggal sebumbung lagi. Kejujuran rupanya membawa padah kepada Aliceapabila DJ Riri mengemukakan permohonan cerai terhadap isterinya itu.

Ahmad Dhani nafi pukul wartawan
Ahmad Dhani menafikan berita yang tersebar kononnya dia memukulwartawan. Menurut Dhani tiada sebarang kekerasan yang dilakukannya.

Armand Maulana Gigi sedih sikap Malaysia
IsuTarian Pendet yang didakwa oleh Indonesia adalah hak mereka dan telahdiambil oleh Malaysia untuk dijadikan promosi pelancongan menjadisemakin hangat.

Liyana Jasmay - Kamal Adli sepadan
SAYA ialah peminat drama Zati & Si Mawas. Di sini saya inginmenyatakan pelakon kacak Kamal Adli dan pelakon comel, Liyana Jasmay,memang sepadan. Bukan saja watak malah di luar set pengambaran punmereka kelihatan serasi. Drama ini menjadi favourite saya danrakan-rakan.

Kecewa dengan Gadis Melayu
Saya merupakan peminat rancangan Gadis Melayu di TV9. Saya tidak pernahketinggalan menonton rancangan itu pada musim pertama ia ditayangkan.


Keangkuhan taruhan NABtunes
BERBICARA mengenai kumpulan NABtuneS, pasti tidak ramai yang mengenalisiapakah gerangan mereka ini. Siapakah mereka dan apa produk yangmereka hasilkan sebenarnya?


Buka puasa dan tanggungjawab sosial
RASANYA masih belum terlewat untuk Wanda mengucapkan selamat menjalaniibadah berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di negara ini,juga di perantauan.

Terlaksana juga album - Apek
SIAPA yang tidak mengenali Apek? Saban hari ada sahaja lawak dan jenakayang dibuat bagi menghiburkan orang ramai. Inilah keistimewaan pelawakyang pernah popular bersama kumpulan Senario satu ketika dahulu.


Jin Notti sekadar komedi
FILEM komedi semakin mendapat sambutan daripada penonton. Sebelum inifilem komedi seram, Jangan Pandang Belakang Congkak berjayamenggegarkan panggung. Kini satu lagi filem komedi fantasi, Jin Nottiterbitan KRU Studios Sdn. Bhd. bakal menjejak langkah yang sama.


Lukisan kenangan lalu
KEBELAKANGAN ini sudah banyak pameran-pameran lukisan yang diadakansama ada ia melibatkan institusi awam mahupun galeri-galeripersendirian yang sering kali mendapat sambutan hangat daripadapelbagai pihak.









Nilai patriotik anak seni
MENGGABUNGKAN tiga figura terkenal industri seni tanah air, senimanDatuk Aziz Sattar, primadona Vanidah Imran dan supermodel Malaysia,Tengku Azura Tengku Awang dalam sebuah fotografi sempena HariKemerdekaan membuahkan persepsi yang selari terutama tentangmemartabatkan bangsa Melayu di mata dunia.


Hidup mati Shake
FIGURAini menyambut saya dengan ramah. Orangnya begitu merendah diri sehinggadalam bicara kami, tidak terlihat ego seorang Datuk Shake hanya keranadia telah berkelana dan menetap di negara orang selama 36 tahun.


Rezeki Ramadan
ANAKbongsu daripada lima beradik dengan nama penuhnya Nor Fauziah Mohd.Ghous ini semakin tegar dalam industri. Sejak pertama kali melangkahkaki dalam industri seni dua tahun lalu, mudah sahaja Fouziah menangkapperhatian khalayak. Semudah itu juga dirinya dihimpit kontroversi.

Bertarung untuk lagu 1Malaysia
SHILAdan Nurfatimah hadir di San Fransisco Coffee di Kuala Lumpur dengansemangat bercerita tentang kemerdekaan dan lagu berciri 1Malaysia yangmereka sampaikan.

Kasabian pejuang sosialis
KASABIAN, sebuah grup yang bertapak di Leicester, United Kingdom dandigawangi oleh empat jejaka bukan hanya hadir kerana mahu menyebarkanmuzik kecintaan mereka. Tom Meighan, Sergio Pizzorno, Iian Mathews danChris Edwards memberikan mesej berunsurkan sosialis dalam setiap lagumereka.

Cinta Shu Qi terhalang
SELEPAS heboh gosip cinta antara pelakon cantik Taiwan, Shu Qi dengananak pelakon Zhang Guozhu, Chang Chen, pelakon senior tersebut tampilmemberikan ulasan.

Maiza kini model iklan
SEBELUM ini, Maizawati, bekas isteri Akhil Hayy pernah beritahu dia takada niat nak masuk industri seni. Walaupun ada tawaran yang mahukan diajadi hos dan model, semuanya ditolak Maiza.

Pura-pura sederhana
DIVA memang suka dengan seorang personaliti wanita ini. Walaupun diapopular, Diva lihat dia seorang yang sederhana dan tidak kisah dalambanyak hal. Dalam bahasa pasarnya, tak banyak songeh.

Nak fotografi untuk cover ke?
"DIVA, kau tahu, aku dah dua tiga kali terkena dengan perangaiartis-artis kita yang tak mahu fotografi beramai-ramai. Macam-macamalasan mereka bagi. Tapi bila aku cakap kalau solo boleh tak, tiba-tibasaja boleh. Geram betul aku!" luah seorang teman tanpa sempadan Diva.

Wajah Pan-Asia rebut watak Nina
MEMANGpanas! Selepas pengarah tersohor U-Wei Shaari mengumumkan mencariaktres terbaik untuk membawa karakter Nina dalam filem terbarunya,Hanyut, Diva dengar ramai betul aktres kita yang berebut-rebut nak jadiNina. Padahal filem ini hanya akan menjalani penggambaran tahunhadapan. Tapi kerusi Nina sudah panas.






Emosi Que, Linda
RAMADAN kali ini sungguh istimewa buat Que Haidar kerana menunaikanrukun Islam ketiga itu buat pertama kalinya sebagai suami dan bapa.Lebih bermakna apabila isteri tercinta, Linda Jasmine kini sarat hamil.

Ramadan 1,001 pengertian
SUDAH seminggu kita meraikan Ramadan, bulan yang memberi 1,001pengertian tersendiri. Begitu juga kisahnya dengan fasa kehidupan artistanah air.

Hikmah Ramadan
HANYA air mata yang mampu mengiringi kedukaan sewaktu disahkankeguguran tahun lalu. Baginya yang pertama kali mengandung, kejadianitu bagaikan tamparan hebat lebih-lebih lagi harapan menimang anakkembar yang dikandungnya tidak kesampaian.

Borak Paknil: Hargai merdeka
ASSALAMUALAIKUM! Esok Hari Kebangsaan kita yang ke-52 tahun! Diamtak diam ini bermakna sudah 52 tahun penjajah Inggeris meninggalkannegara kita.

Umum esok
HASRAT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencarisebuah lagu yang ditulis dan dipilih oleh rakyat yang mewakili semangat1Malaysia dapat direalisasikan apabila pemenang Pencarian Lagu1Malaysia Kita anjuran Hot FM diumumkan esok.

Gayah Gebu: Jaja kisah peribadi di alam siber
ALHAMDULILLAH... sudah masuk hari kesembilan kita berpuasa.Alhamdulillah juga, belum ada artis kita yang masuk surat khabargara-gara tak berpuasa, ditangkap khalwat, ditahan kerana air kencingpositif dadah atau dikejar penguatkuasa agama ketika membeli nomborekor.

CAK: Dedah gambar
PENYEBARAN gambar tidak bermoral membabitkan selebriti tempatanmenerusi Internet bukan perkara baru. Teknologi memudahkan cara bagimereka yang tidak bertanggungjawab untuk membuka pekung manusia yangpernah ‘terlanjur’.

CAK: Isteri Asri tutup TV
JIKA ramai kawan begitu terasa kehilangan Mohd Asri Ibrahim(Rabbani), apatah lagi isterinya, Nur Jannah Shahadan yang berkongsihidup dengannya hampir 16 tahun. Siapa tidak sedih kehilangan insanpaling dicintai.

CAK: Pengakuan jujur
JUJUR Datuk Shah Rukh Khan mengakui dia tidak berpuasa penuh atasalasan sibuk dengan kerja sepanjang Ramadan ini. ‘Bangga bercampurkagum’ kerana dalam pada itu dia tetap berazam untuk berpuasasekurang-kurangnya tiga hingga empat hari dalam bulan mulia ini.

CAK: Kasihan model kita
SATU ketika dulu, kalau tak silap CAK sekitar awal 1990-an, pernahtimbul isu wajah Pan-Asia yang banyak ‘mengerumuni’ iklan tempatan yangkononnya tidak menggambarkan warga Malaysia sebenar. Isu itu mendapatperhatian pihak kerajaan untuk menanganinya.

CAK: Poster dah naik, nama dirahsia?
TIBA-TIBA nama pelakon pementasan teater Natrah ‘disembunyikan’. CAKhairan, kononnya nama teraju utama naskhah yang berdasarkan kisah benarmengenai wanita bernama Maria Bertha Hertogh ini belum boleh diputuskanlagi, jauh sekali untuk dihebahkan media.

CAK: Jadikan Kartika teladan
KISAH Kartika Seri Dewi Shukarnor yang didenda RM5,000 dan hukumanenam sebatan masih menjadi isu hangat di negara kita. Model sambilanitu dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julailalu selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cheratingpada jam 11.40 malam 11 Julai 2009.

Terus cuba
SEPI daripada publisiti tidak menjadi penghalang jejaka ini mengujipasaran muzik tempatan. Malah, suasana ekonomi yang suram tidaklangsung mematahkan semangat pemilik nama Shazroul Fazlie Zahari untukhadir mengisi rak penerbitan album tempatan dengan sebuah album penuh.

Raihan gabung Hujan
BARANGKALI bukan mudah untuk muzik nasyid bertahan masa ini.Kebangkitan pelbagai jalur muzik baru turut menenggelamkan elemen seniyang banyak membantu menaikkan taraf muzik tanah air satu masa dulu.

FILEM: Lelaki psiko
KISAH pembunuh yang dipaparkan menerusi pandangan seorang pembunuhyang mempunyai masalah psikologi ini dijelmakan dengan baik olehsutradaranya, Roy Chow Hin-Yeung.

FILEM: Robot hasil kajian saintis
FILEM seni bela diri dan sains fiksyen yang menelan belanja hampirAS$10 juta (RM35 juta) ini dikatakan ‘jelmaan’ Transfomers versi HongKong oleh sesetengah pengkritik.

Jarum Emas: Iktibar isu Kartika
KATA Manohara, dia alami penderaan seksual. Kata pengantin diberinafas baru, Akhil Hayy: “Ana akan saman!” Kata Kartika Sari DewiShukarnor, 32, pula: “Saya tidak akan saman mana-mana pihak!”

Hargai jasa
SECARA jujur mereka mengakui tidak begitu arif dalam dunia politik.Namun bila bercakap soal kemerdekaan, masing-masing bersemangatbercerita.

Akhirnya ke pawagam
FILEM Lembing Awang Pulang Ke Dayang yang diilhamkan daripada noveltulisan sasterawan Shaharom Husain menceritakan legenda dari Johor padaabad ke-18 mengenai tragedi cinta berdarah, di mana Awang sanggupmengembara selama tiga tahun bagi menyempurnakan adat untuk mengahwinikekasih hatinya, Dayang.

Apa cerita...: Di balik runtuhan kota Rom
AL-RISAALAH musim ketiga menerusi episod sembilan jam 6.30 petangini menceritakan mengenai sebuah kerajaan pentadbiran di Parsi di bawahpemerintahan Cyrus The Great. Baginda terkenal sebagai seorang rajayang adil dan berjaya memerintah sebahagian daripada negara-negaraMesopotamia tanpa pertumpahan darah.










'Jangan lupa sejarah bangsa, negara'
JIWA mereka terharu mengenang semangat perjuangan orang Melayu dulu. Hatikecil mereka menangis mengenang datuk moyang yang terkorban demi untukmemperjuangkan tanah air, bangsa dan agama daripada cengkaman penjajahInggeris. Ada yang terkorban, ada juga terpaksa mengorbankan diri. Anakdan isteri terpaksa ditinggalkan demi menuntut pembebasan negara

Mana lagu baru berunsur kerohanian, patriotik?
MACAMtak sedar pula, rupa-rupanya hari ini dah masuk hari kesembilan kitaberpuasa dalam bulan Ramadan. Macam kebanyakan umat Islam lain, Ramadanyang bertandang tahun ini banyak menginsafkan Kak Pora apatah lagidengan pelbagai peristiwa dalam dunia hiburan yang macam-macam hal! KakPora harap golongan artis juga apa salahnya untuk bermuhasabah diri danmenginsafi apa yang perlu mereka insaf, maklumlah ada yang berperangailiar, tak senonoh dan ada artis yang suka memfitnah, suka kacau rumahtangga orang dan bersosial hingga tak kenal batasan.

Imuda dan animasi Pi Mai Pi Mai Tang Tu
MINGGUlalu, Kak Pora terserempak dengan pelakon komedi yang juga pelawak,Imuda. Sesuatu yang Kak Pora bangga ialah Imuda memang mampu bertahansampai sekarang sedangkan rakan seangkatannya dulu tidak ramai lagimasih aktif dalam bidang lakonan atau jenaka. Imuda terus aktif apatahlagi kartun lakarannya masih disiarkan menerusi akhbar Berita Minggu.

Aleya dah bersedia tunjuk anak
PATUTbenarlah sehari dua ni dada Kak Pora berdebar-debar. Sangkakan ada yangmahu datang meminang selepas 10 tahun menjanda tetapi telahan Kak Poraitu jauh tersasar. Bergurau sajalah. Siapalah yang nak meminang KakPora ni yang dah dua ada anak remaja. Lainlah, kalau cik Normah Becoktu, dia memang gatal nak berlaki lagi..

Kak Engku kesal dituduh macam-macam
KEBELAKANGAN ini nama pelakon, pengacara dan penyampai radio terkenal, Raja Azuraterus dipalit dengan kontroversi apabila dikatakan menimbulkankemarahan banyak pihak gara-gara sikap 'over' dan kelancangan mulutnyaketika berbicara

Peserta Gadis Melayu akui menyesal
SHARIFAHJasmine Soraya Syed A Jalil Jamalullail, 21, seorang daripada pesertaprogram realiti TV9, Gadis Melayu bagi musim kedua tidak menafikan fotoyang memaparkan aksi wanita sedang berseronok bersama teman sambiltangan memegang botol arak serta bercumbuan dengan rakan sesama jenisyang disebarkan di internet adalah gambar dirinya.

Seniman anjur Kembara 1Malaysia
PERSATUANSeniman Malaysia (Seniman) merancang mengadakan siri Kembara SenimanJelajah 1Malaysia secara besar-besaran ke seloroh pelosok negara bagimengajak rakyat untuk kembali menyuburkan semangat keharmonian danperpaduan kaum supaya keamanan yang dinikmati selama negara inimencapai kemerdekaan akan terus terpelihara.

Jom berbuka sambil beramal
GOLONGANselebriti, artis dan pihak dalam industri hiburan serta orang ramaiyang prihatin diajak menyertai majlis berbuka puasa sambil beramaluntuk sama-sama menderma untuk membantu anak yatim dan fakir miskinpada 4 September ini di Dewan Tun Rahah, di tingkat 1, Menara YayasanTun Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Peluang dekati masyarakat bersama Singgah Sahur
TAHUNini memasuki tahun kelima program Singgah Sahur diadakan. Dalam masa 5tahun ini, program Singgah Sahur cukup dikenali, malah ketika krewSinggah Sahur berkunjung ke beberapa lokasinya sepanjang Ramadansetakat ini, kehadiran kami sentiasa disambut meriah diikuti lambaiantangan dan senyuman istimewa.

David Teo tak pasti nasib Rempit V3
PENERBITfilem, David Teo memilih untuk berdiam diri dan menunggu keputusanLembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) apabila persoalan mengenai nasibfilem terbarunya, Rempit V3 dibangkitkan.

Seronok berbuka puasa di studio
RAMADANmenggamit kerinduan anak rantau terhadap keluarga tercinta. Apakan dayatuntutan karier dan masa menjarakkan hubungan, namun keindahan bersamatetap tersemat di sudut hati. Barangkali suasana itu kini sudah jauhberbeza, keseronokan serta kemeriahan yang sama tetap dibawa meskipunnikmat Ramadan hanya dikecapi bersama beberapa teman setugas.

Anak muda semangat patriotik
HANYAwarna kulit membezakan mereka, tetapi antara mereka tiada jurangpemisah. Personaliti TV Astro, Syaiful Reza Mohd, Danny Koo Kar Lim danSushmeetha Morugan menyambut baik seruan kerajaan dengan semangat1Malaysia menjelang sambutan ulang tahun Kemerdekaan ke-52 negara ini,esok.

'Bercerai bukan kejar glamor'
SIAPAsaja bebas membuat telahan atau andaian, hakikatnya hanya dia dan bekassuaminya mengerti apa sebenarnya berlaku hingga rumah tangga yangdibina pada 2003 kini runtuh. Apatah lagi kenyataan berat itu menjadimiliknya ketika Ramadan baru saja menganjak hari keempat.

Artis terharu rai anak yatim di Melaka
SEPANJANGRamadan ini, satu sikap yang boleh diberi pujian kepada artis kitaialah mengenai kesanggupan mereka meluangkan masa dan tenaga untuksama-sama pihak penganjur meraikan anak yatim di majlis berbuka puasasekali gus memberi ruang kepada golongan tidak bernasib baik untukberasa lebih dihargai.

Emma Akma trauma terkenang 1 Syawal
LARAhatinya begitu mencengkam jiwa. Bagai bersarang kekecewaan di lubukhati dramatis, Emma Akma Yunus apabila mengenangkan kisah dukanya.Sehingga kini, Emma masih trauma dengan kejadian yang menghantuidirinya pada 1 Syawal tahun lalu. Malah, 1 Syawal kali ini yang bakaltiba menjelma kelak bagai memalit memori hitam dalam jiwanya.

Artis naungan Beyond Events masuk pub
LEBIH12 tahun beroperasi, Beyond Events Sdn Bhd terus memperkasakan jenamamereka untuk meraih kepercayaan menguruskan pelbagai acara korporat danhiburan sehingga menjangkau sempadan antarabangsa. Bermula hanya tigakakitangan, Beyond Events kini mengukuhkan namanya hingga menerimakepercayaan menganjurkan acara di Singapura, Thailand, Turki dan negaraTimur Tengah.

Shazlin nafi amal seks songsang
TERLANJUR perahu boleh diundur, terlanjur perbuatan badan binasa. Kebelakanganini banyak foto panas golongan artis dan selebriti tersebar luasmenerusi internet. Bukan sekadar gambar mereka bersosial bersamateman-teman, malah foto berkepit dengan buah hati masing-masing jugasemakin mudah diperoleh menerusi internet.

Jin Notti bukan komedi kosong
APABILA menyedari inti pati manusia semakin hilang arah dan pada masa samasaling menuding jari kepada orang lain atas kesilapan sendiri, justeruskuad jin melihat manusia sudah semakin nakal berbanding diri mereka.Akhirnya jin dihantar ke bumi untuk menyesatkan lagi umat manusia.

Nurul Syuhada, Dr Faiz putus cinta?
KISAHcinta pengacara Majalah 3 yang jelita, Nurul Syuhada Nurul Ain denganbakal angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed bukan rahsia lagi,malah seantero Malaya tahu mereka berkawan rapat dan sedang menyemaicinta. Raja tengok mereka sama cantik, sama padan. Sudahlah seorangcantik, seorang lagi tampan, bijak pandai pula, memang secocok benar.

Julfekar mahu saman Farawahida
PERTELINGKAHANantara komposer, Julfekar dan penyanyi manis, Farawahida nampaknya akanterus berpanjangan. Julfekar menerusi syarikat Millennium Art Sdn Bhdkini sedang membuat persiapan bersama peguamnya untuk memfailkan samantuntutan ganti rugi terhadap anak didiknya itu, minggu depan.

Terkenang berpuasa zaman kanak-kanak
ASSALAMUALAIKUM.Alhamdulillah, kita semua dipertemukan lagi dalam bulan Ramadan yangmulia ini. Diharapkan pembaca setia, khususnya yang beragama Islam,dapat menunaikan ibadat puasa lebih sempurna berbanding tahunsebelumnya. Inilah bulan yang dihadiahkan Allah untuk hambanya melipatgandakan pahala dengan beribadah dan melakukan kebaikan.
0 Komentar untuk "HIBURAN : AHAD 30 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI