Singa Utara tidak rela kempunan
Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my
PEMAIN Perlis diingatkan supaya melupakan sama sekali baki perlawanan Liga Super yang perlu diharungi, sebaliknya memberikan fokus sepenuhnya terhadap satu demi satu perlawanan yang bakal dihadapi dalam misi mengejar kejuaraan musim ini.
Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim berkata, apa yang lebih penting kepada anak didiknya ketika ini ialah meningkatkan tahap keyakinan dan persembahan masing-masing bagi memastikan tidak kempunan mencatat kemenangan pada setiap perlawanan, bermula dengan pertemuan menentang Johor FC, di Kangar, malam ini.
“Tiada guna memikirkan baki empat perlawanan yang ada. Apa yang sepatutnya difikirkan ialah bagaimana untuk memastikan pasukan tidak tercicir daripada mencatat kemenangan.
“Sebab itu mereka perlu fokus sepenuhnya kepada setiap perlawanan yang bakal dihadapi satu persatu. Ini kerana kegagalan mengutip mata dalam baki perlawanan pasti menjejaskan misi memburu kejuaraan Liga musim ini,” katanya.
Selepas menamatkan 22 perlawanan Liga Super Selasa lalu, Perlis mengekalkan kedudukan di tangga kedua dengan 49 mata, di belakang pendahulu, Selangor yang memiliki kelebihan dua mata (51).
Selain Johor FC, tiga lagi pasukan yang perlu dihadapi skuad Singa Utara itu selepas ini ialah Perak di Ipoh pada 7 Julai, diikuti KL Plus di Stadium Cheras Kuala Lumpur (21 Julai) dan terakhir menentang Polis di Kangar (25 Julai).
Menurut Irfan Bakti, walaupun Selangor dilihat memiliki kelebihan untuk bergelar juara Liga Super musim ini apabila terus mendominasi liga, kedudukan itu bukan jaminan untuk skuad bimbingan K Devan bermegah.
Katanya, ini kerana dalam bola sepak, apa saja boleh berlaku selagi perlawanan masih belum berakhir.
“Saya yakin peluang Perlis untuk bergelar juara Liga Super belum tertutup, sebaliknya masih terbuka antara kedua-dua pasukan (Selangor dan Perlis). Apa yang pasti, mana-mana pasukan yang terus mempamerkan kecemerlangan sehingga ke akhir saingan, berpeluang muncul juara,” katanya.
Mengulas perlawanan menentang Johor FC, Irfan Bakti berkata, Perlis perlu mengutip tiga mata untuk terus berada pada landasan tepat memburu kejuaraan.
“Ini bukan bermaksud kami menafikan kehebatan lawan tetapi itulah pilihan yang ada buat kami jika mahu terus bersaing dengan Selangor,” katanya.
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini menerima cadangan PKR untuk menggantikan Menteri Besar Selangor ...
-
PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dijangka memaklumkan kaedah menangani isu golongan gelandangan dan p...
-
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan keputusan PKR yang menamakan Presidennya sebagai calon ment...
-
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/norway-puji-fokus-strategik-negara-1.183000 PROGRAM Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Trans...
-
TELUK INTAN - DAP hari ini mengumumkan Setiausaha Politik kepada anggota Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, sebagai calon...
-
Pelajar berusaha keras untuk berjaya Popularitinya mengalahkan jenama besar Finalis Akademi Fantasia 2014, Dari kiri, Adel, Nuha, E...
-
KUALA KRAI: Gerakan Harapan Baharu (GHB) bukanlah sebuah perjuangan yang diwarisi daripada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, k...
-
SEJAK akhir-akhir ini drama Melayu adaptasi dari novel semakin banyak ditayangkan di kaca televisyen. Namun, pada pendapat saya semuanya ‘...
-
Pendakwa raya mohon tangguh bekalkan dokumen KUALA LUMPUR 20 Julai - Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untukmemperoleh sebahagian besar dokume...
-
Oleh Roslan SMS Isu dakwaan The Wall Street Journal bahawa PM Najib Tun Razak telah mengambil dana kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion)...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin

0 Komentar untuk "LIGA SUPER : SABTU 04 JULAI 2009 - Singa Utara tidak rela kempunan"