LIGA SUPER : SABTU 04 JULAI 2009 - NS tekad bangkit tewaskan KL Plus - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

LIGA SUPER : SABTU 04 JULAI 2009 - NS tekad bangkit tewaskan KL Plus

NS tekad bangkit tewaskan KL Plus

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my


Rezal Zambery Yahya

NEGERI Sembilan mahu menjadi KL Plus sebagai mangsa kebangkitan mereka bagi meletakkan pasukan itu kembali pada landasan tepat menduduki kedudukan terbaik menjelang penghujung Liga Super musim ini.

Keazaman tinggi itu disuarakan kapten pasukan berkenaan, Rezal Zambery Yahya, yang mahu semua rakan sepasukan memberikan komitmen tinggi dengan memberikan persembahan terbaik dan beraksi sebagai satu pasukan demi mendapatkan tiga mata.

Menurutnya, kemenangan ke atas KL Plus amat penting bagi mengembalikan semula maruah pasukan yang tercalar selepas kekalahan berturut-turut yang dialami sebelum ini, selain Negeri Sembilan tidak boleh lagi kehilangan mata.

"Kekalahan dalam perlawanan itu nanti bukan hanya akan membolehkan pasukan lain memintas kami malah meletakkan Negeri Sembilan dalam zon bahaya yang akhirnya akan menghilangkan sokongan peminat terhadap kami.

"Sudah tentu kami tidak mahu situasi itu berlaku. Sebab itu kami perlu bangkit dengan mempamerkan persembahan mantap untuk memastikan pasukan mencapai kemenangan ke atas KL Plus, malam esok (ini),” katanya.

Walaupun mengakui hasrat mencapai matlamat itu bukan sesuatu yang mudah apa lagi KL Plus juga adalah antara pencabar dalam saingan liga musim ini, Rezal Zambery yakin kemenangan boleh dicapai apabila ayam tambatan pasukan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, dijangka diturunkan semula.

“Saya yakin kekuatan pasukan akan kembali seimbang dengan kemasukan semula Mohd Zaquan selepas pulih daripada kecederaan yang dialaminya,” katanya.

Bagi Mohd Zaquan, dia sudah tidak sabar untuk turun beraksi dan membantu pasukan mencapai kemenangan malam nanti.

"Saya berjanji akan memberikan persembahan terbaik dan merealisasikan matlamat untuk mendapatkan tiga mata jika jurulatih (Wan Jamak Wan Hassan) menurunkan saya dalam kesebelasan utama malam esok (ini)," katanya.

0 Komentar untuk "LIGA SUPER : SABTU 04 JULAI 2009 - NS tekad bangkit tewaskan KL Plus"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI