NASIONAL : AHAD 19 JULAI 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

NASIONAL : AHAD 19 JULAI 2009


Kalah kita bermaruah
KUALA LUMPUR – Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menyifatkan kekalahan2-3 kepada Manchester United, semalam sebagai kekalahan yang bermaruah.

Tubuh suruhanjaya diraja
IPOH18 Julai - Keputusan sama ada perlu diwujudkan suruhanjaya diraja untukmenyiasat insiden kematian Teoh Beng Hock kelmarin akan dibincangkandalam mesyuarat Kabinet akan datang.


Pertemuan dua hala
PERDANAMENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lawatan kerja empat harike Arab Saudi bagi memperbaharui talian persahabatan antara kedua-duanegara, di samping bertukar-tukar pendapat dalam isu-isu yangberkepentingan bersama. Lawatan itu juga diyakini akan memperkukuh lagihubungan dan kerjasama dua hala yang sudah terjalin sekian lama.

Kerajaan tidak pinggir Melayu
KUALAKANGSAR 18 Julai - Dasar liberalisasi ekonomi yang diperkenalkan olehkerajaan tidak pernah meminggirkan kedudukan orang Melayu danbumiputera seperti didakwa oleh pakatan pembangkang.

Cadangan mansuh UPSR
KUALALUMPUR 18 Julai – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perludimansuhkan kerana ia didapati tidak fokus kepada pencapaianmurid-murid dalam semua mata pelajaran.






Noordin Mat Top diburu
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia semalam menamakan militan warga Malaysia,Noordin Mat Top sebagai dalang serangan dua hotel ternama di sini,kelmarin, JW Marriott dan Ritz-Carlton yang mengorbankan sembilan orangdan mencederakan lebih 55 yang lain






Pemuda suka ISA dipinda
KULIM 18 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia lebih suka AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA) dipinda dan bukan dimansuhkan, kataKetuanya, Khairy Jamaluddin.

Tumpu 4 perkara perkasakan parti
BESUT18 Julai - UMNO bahagian di seluruh negara yang mengadakan mesyuaratperwakilan masing-masing diminta memberi tumpuan kepada empat agendautama yang disarankan oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razaksupaya parti itu sentiasa dapat memperbaharui perjuangan dandiperkasakan.

Beng Hock mati terjatuh
BANTING18 Julai - Keputusan awal bedah siasat mendapati kematian SetiausahaPolitik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock pada Khamis laludisebabkan pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari paras tinggi.

Tubuh suruhanjaya diraja sahaja diyakini
IPOH18 Julai - Hanya siasatan menyeluruh dan berkecuali sahaja dapatmenyakinkan rakyat berhubung insiden kematian setiausaha politik kepadaseorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

Isu Beng Hok: Jangan cetuskan ketegangan
KUALALUMPUR 18 Julai - Pakatan pembangkang khususnya DAP diingatkan supayatidak mengambil tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dalamisu kematian setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh BengHock.

MB akur kehendak keluarga Beng Hock
BANGI18 Julai - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnyamengalah setelah ahli keluarga Teoh Beng Hock, menolak cadanganmelantik pakar patologi bagi menyiasat punca kematian mendiangkelmarin.

Guan Eng mahu soal siasat di pejabat kerajaan negeri
PULAUPINANG 18 Julai - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahukansupaya para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)datang sendiri ke pejabat kerajaan negeri sekiranya ingin menjalankansoal siasat tentang sesuatu kes yang ada kaitan dengan anggotapentadbiran negeri, bagi mengelak kejadian melibatkan Teoh Beng HockKhamis lepas, berulang.

Seorang pesakit H1N1 di ICU
KUALALUMPUR 18 Julai - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata,seorang pesakit yang disahkan positif selesema babi atau influenza A(H1N1) kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital.

10 pelajar SMK Sains Kuching positif
KUCHING18 Julai - Sepuluh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) SainsMatang, Kuching yang disyaki dijangkiti selesema babi atau influenza A(H1N1) kelmarin disahkan positif.

Penularan H1N1 di IPT terkawal
TEMERLOH18 Julai - Penularan wabak influenza A H1N1) di institusi pengajiantinggi (IPT) di negara ini terkawal, kata Timbalan Menteri PengajianTinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Malaysia sedia tangkap Nordin
PHUKET18 Julai - Malaysia sedia bekerjasama rapat dengan kerajaan Indonesiabagi membolehkan penjenayah yang bertanggungjawab ke atas insidenletupan bom di Jakarta semalam dapat diheret ke muka pengadilan.

Menteri-menteri Luar ASEAN kutuk
PHUKET 18 Julai - Menteri-menteri Luar ASEAN mengutuk keras kejadianletupan bom di Jakarta semalam yang menyebabkan sembilan orangterkorban dan ramai yang tercedera.

Lantik anak peneroka
RAUB 18 Julai - Generasi baru Felda yang berkelayakan perlu dilantikmenduduki jawatan penting dalam syarikat di bawah Felda Holding.

1Malaysia tidak pinggir Orang Asli - Rais
JELEBU18 Julai - Gagasan 1Malaysia tidak meminggirkan kepentingan masyarakatOrang Asli, malahan kaum minoriti itu merupakan antara komponen palingpenting di dalam konsep itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi danKebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Cukai pendapatan koperasi dikurangkan?
IPOH18 Julai - Kerajaan sedia menimbang untuk mengurangkan cukai pendapatankoperasi yang kini lebih tinggi daripada cukai pendapatan bagi sektorkorporat.

Kerajaan pastikan pengguna dapat perkhidmatan terbaik
IPOH 18 Julai - Kerajaan perlu menaikkan kadar tambang pengangkutanawam kerana mahu memastikan pengguna mendapat perkhidmatan terbaik.

KUNJUNGAN HORMAT
AHMADZahid Hamidi kini berada di Lebanon dalam rangka lawatan enam hari kenegara itu untuk memberi sokongan moral kepada lebih 340 anggotaAngkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai Kontinjen Malaysia(Malcon) yang berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu (PBB) bagi

Zahid tidak jumpa Netanyahu
KUALA LUMPUR 18 Julai - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad ZahidHamidi tidak pernah menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahudi Pertunjukan Udara Paris, Perancis pada Jun lalu seperti dilaporkanmedia tempatan hari ini.


Qariah Perak, qari Sarawak johan tilawah kebangsaan
TRONOH 18 Julai - Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman dariPerak mengekalkan gelaran juara qariah manakala Awangku Omar AsfuaddinAwang Hamdan dari Sarawak muncul juara qari pada Majlis TilawahAl-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 di Dewan Canselor UniversitiPetronas (UTP) di sini malam ini.

Kualiti udara
Lembah Klang merosot

KUALA LUMPUR 18 Julai - Kualiti udara di beberapa kawasan Lembah Klangkembali merosot apabila banyak tempat mencatatkan Indeks PencemaranUdara (IPU) sederhana dengan bacaan melebihi 70.

Papar kandungan tenaga, kalori menu makanan
KUALALUMPUR 18 Julai - Semua pengusaha restoran dan kafeteria disaranmemaparkan kandungan tenaga dan kalori dalam menu hidangan bagimembolehkan rakyat memilih makanan berkualiti.

Siti, Aizat, Ayu menyerlah di APM 2009
KUALALUMPUR 18 Julai - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti NurhalizaTarudin dinobatkan sebagai Artis Serantau Paling Popular, kategori yangjulung kali diperkenalkan dalam Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009)di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Senayan di Jakarta, Indonesia malamini.

Ditembak jiran kerana disangka monyet
TEMERLOH18 Julai - Gara-gara disangka monyet sedang mencuri rambutan, seorangkakitangan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) nyaris maut terkenatembakan peluru penabur senapang patah jirannya.


Berkat kesabaran 13 tahun
PETALINGJAYA 18 Julai - Berkat usaha, kesabaran dan doa selama 13 tahun,akhirnya sepasang suami isteri dikurniakan anak kembar menggunakankaedah persenyawaan tabung uji (IVF) di Pusat Perubatan Tropicana (TMC)di sini Khamis lalu.

Tetap timbang buka pusat sembelih babi
ALORSETAR 18 Julai - Cadangan membuka pusat penyembelihan babi di KampungSungai Toh Pawang, Gurun tetap diteruskan jika laporan jawatankuasateknikal mendapati ia sesuai meskipun dibantah penduduk setempat.

Kebanjiran banduan asing dijangka selesai
LANGKAWI18 Julai - Langkah bersepadu termasuk mengadakan perjanjianpersefahaman (MoU) dan penggubalan undang-undang akan dilaksanakanselewat-lewatnya hujung tahun ini bagi mengatasi masalah kesesakanbanduan asing.

Pemandu pelancong maut digilis kereta api
KUALAKRAI 18 Julai - Seorang pemandu pelancong terbunuh manakala rakannyaparah digilis kereta api ketika melintas di landasan Stesen Manek Uraidekat sini awal pagi ini.

Tahanan mati tergantung dalam lokap
MELAKA 18 Julai - Seorang tahanan di Penjara Bandar Hilir ditemui mati tergantung dalam lokapnya malam tadi.

DVD Kampung Buah Pala diedar
PULAUPINANG 18 Julai - Seperti yang dijanjikan, Pertubuhan Penduduk KampungBuah Pala (PPKBP) hari ini mengedarkan salinan cakera video digital(DVD) mengandungi rakaman janji menyelamatkan kampung mereka oleh tigapemimpin DAP pada satu perayaan Ponggal pada 18 Januari lalu.






Khazanah peti besi Tunku bernilai hampir RM400,000
KOLEKSI46 objek atau artifak berharga termasuk cenderamata emas dalam petibesi milik Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Hajyang dibuka baru-baru ini, mempunyai nilai emas semasa kira-kiraRM392,000.

'PM pertama cermat, berpandangan jauh'
"ALMARHUMTunku Abdul Rahman seorang yang jujur, cermat dan berpandangan jauh. Iaterbukti dengan penemuan 46 objek dalam peti besi yang menunjukkanTunku cukup menghargai pemberian orang dan menyimpannya dengan baiksupaya ia boleh dilihat oleh generasi akan datang.

Terpaksa naik tambang
IPOH:Kerajaan sudah memberi pertimbangan sewajarnya sebelum membuatkeputusan berhubung kenaikan tambang pengangkutan awam di negara initerutama bas dan teksi supaya tidak membebankan rakyat berbandingtuntutan pengusaha terbabit yang jauh lebih tinggi, kata Tan SriMuhyiddin Yassin.

Cukai koperasi mungkin turun
IPOH:Kerajaan akan mengkaji kemungkinan menurunkan kadar cukai pendapatankoperasi yang ketika ini lebih tinggi daripada cukai korporat, kataTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin beri taklimat mansuh PPSMI
PUTRAJAYA:Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri MuhyiddinYassin, akan memberi taklimat kepada 3,000 golongan pendidik di PusatKonvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Selasa ini, berhubungtindakan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pantang maut sebelum ajal
SEREMBAN:Seorang pemuda nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnyaterbabas di lorong tengah Kilometer 267.9 Lebuh Raya Utara-Selatan,tempat sama seorang kelindan lori warga India maut kira-kira 30 minitsebelum itu, petang semalam.

Sharifah Khasif, Awangku Omar juarai tilawah
IPOH:Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman mempertahankan gelaran juarabahagian qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan Kali ke-52 yangberlangsung di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas, di sini,malam tadi.

'Saya sangka latihan kecemasan hotel'
KUALALUMPUR: Pengalaman dilanda taufan di Florida, Amerika Syarikatmembuatkan seorang rakyat Malaysia yang bertugas di Hotel JW Marriot diJakarta, Indonesia, tidak panik melalui saat genting ketika berlakuletupan bom di hotel itu, kelmarin.

Pemandu pelancong digilis kereta api
KUALAKRAI: Seorang pemandu pelancong sambilan maut, selepas digilis dandiseret sejauh kira-kira 200 meter oleh kereta api ekspres, manakalarakannya cedera parah dipercayai ketika melintas landasan di StesenManek Urai, dekat sini, pagi semalam.

Penantian 15 tahun timang cahaya mata
PETALINGJAYA: Penantian sepasang suami isteri selama 15 tahun untuk mendapatkanzuriat, berakhir apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki hasilpersenyawaan benih luar rahim (IVF) yang ditaja Yayasan Fertiliti TunkuAzizah (TAFF).

Said Wartawan Cemerlang Negara 2009
KUALALUMPUR: Tokoh wartawan negara, Said Zahari, 81, dinobatkan sebagaiWartawan Cemerlang Negara 2009 oleh Persatuan Wartawan Melayu Malaysia(PWM) di sini, malam tadi.

Anjung SMK Putra Perdana runtuh
KUALALUMPUR: Anjung blok bangunan menempatkan pejabat Sekolah MenengahKebangsaan (SMK) Putra Perdana di Puchong, dekat sini yang barudigunakan sebulan lalu, roboh awal pagi semalam.

Penari Malaysia terima anugerah
LOSANGELES: Pasukan Malaysia yang menyertai kejohanan World Championshipof Performing Arts (WCOPA) tidak pulang tangan kosong apabila kumpulantarian Istana Budaya, Artistana memenangi anugerah utama kategoritarian senior pada pertandingan akhir yang berlangsung di WestinBonaventure Hotel & Suite, di sini, malam kelmarin.

Nur Syahada pelajar terbaik Kuis
BANGI:Yakin dengan kualiti program pengajian ditawarkan institusi pengajiantinggi swasta di Malaysia, Nur Syahada Misawal nekad berjauhan daripadakeluarganya di Singapura untuk meneruskan pengajian peringkat diplomadalam bidang al-Quran dan Sunnah di Kolej Universiti Islam AntarabangsaSelangor (Kuis).

Mazlan papar tokoh wartawan Melayu
KUALALUMPUR: Buku 'Tokoh Dan Akhbar Melayu: Penebus Peminggiran Melayu' yangdijangka berada di pasaran Ogos ini adalah hasil karya sulung Tan SriMazlan Nordin yang buat pertama kali mengiktiraf ketokohan AbdullahMunsyi sebagai wartawan.

Pesakit disah positif H1N1 masuk ICU
KUALALUMPUR: Seorang pesakit yang disahkan positif Influenza A (H1N1) kinidirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala pesakit lain dilaporkanstabil, setakat ini.

Imam Masjid New York kagum keharmonian penduduk Malaysia
KUALALUMPUR: Imam Masjid New York, Amerika Syarikat, Imam Feisal Abdul Rauf,menyifatkan keharmonian Malaysia sebagai sebuah negara Islam yangditunjangi oleh masyarakat pelbagai agama dan bangsa, perlu diteladaninegara lain.

Wisma Putra minta maklumat
PHUKET:Malaysia memandang serius dakwaan pengeboman di Jakarta kelmarindidalangi Noordin Mat Top dan sedia bekerjasama dengan Indonesiaberhubung isu itu.

Mansuhkan UPSR: Razali
KUALALUMPUR: Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mencadangkan UjianPencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan kerana sudah tidak relevanlagi dalam sistem pendidikan negara.
0 Komentar untuk "NASIONAL : AHAD 19 JULAI 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI