Zaid bidas Rafizi, Anwar tidak akan bawa PH menuju kemenangan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Zaid bidas Rafizi, Anwar tidak akan bawa PH menuju kemenangan



PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim memberikan bayangan jalan yang diambil PKR sekarang ini tidak akan membawa Pakatan Harapan menuju kemenangan pada pilihan raya umum ke-14.
Menjawab kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang menuduh Zaid mempunyai masa lalu yang “turun naik”, bekas menteri undang-undang itu membalasnya dengan twit yang seakan mahu menyedarkan kepimpinan PKR.

“Hanya kerana saya tidak fikir yang Anwar boleh memenangkan pembangkang pada pilihan raya nanti tidak bererti sia-sia sahaja kerjaya saya”.
Beliau menambah: “Rafizi kata saya mempunyai kerjaya politik yang turun naik. Mengapa? Mestikah saya masuk penjara untuk jadi hero?

“Kalau Rafizi masa depan Malaysia, kita sebenarnya tidak mempunyai masa depan. Beliau seorang lelaki yang pedas terhadap sesiapa yang tidak sependapat dengannya.”
Zaid menepis teguran Rafizi dalam wawancara Malaysiakini hari ini, yang menyentuh catatan blog Zaid pagi tadi.

Rafizi menegur beliau mengenai kritikannya terhadap pembangkang mengenai isu calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14.
Ahli Parlimen Pandan itu juga meminta Zaid, yang menyertai DAP pada Februari, supaya lebih diplomatik semasa mengkritik.

Beliau secara tidak langsung menyebut mengenai semasa Zaid menjadi ahli PKR, mencadangkan kehadiran beliau menyebabkan kekacauan dalam parti yang kini dipimpin isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Awal hari ini, Zaid dalam catatan blog memberi pandangan mengenai tindakan ahli PKR di kongres nasional parti semalam.

“PKR mengisytiharkan Anwar sebagai perdana menteri ke-7, dan tak cukup dengan itu, mengumumkan presiden Dr Wan Azizah sebagai ‘pemanas kerusi’ sementara menunggu Orang Yang Terpilih bersedia mengambil takhta,” katanya.
Beliau menyifatkan PKR angkuh kerana memilih calon perdana menteri sedangkan pembangkang belum menang sebarang kerusi.

Beliau juga berkata PKR tidak memperlihatkan kehalusan apabila mengangkat plakad “Anwar PM ke-7” dan “tidak menghormati Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin yang hadir”.
Dr Mahathir dan Muhyiddin adalah pengerusi dan presiden PPBM yang baru sahaja menyertai Pakatan Harapan.

Selepas menyertai DAP awal tahun ini, Zaid menyuarakan sokongan kepada Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri.

Zaid berkata bekas perdana menteri itu mempunyai rekod prestasi dan kelayakan yang terbukti untuk menghadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata pemimpin berusia 91 tahun itu lebih bagus menguruskan ekonomi dan menjaga rakyat.

Sementara itu, Dr Mahathir dalam wawancara FMT hari ini berkata beliau tidak berniat untuk menjadi perdana menteri.
Beliau menambah tiada gunanya membincangkan calon perdana menteri jika pakatan kalah pada pilihan raya umum akan datang.

0 Komentar untuk "Zaid bidas Rafizi, Anwar tidak akan bawa PH menuju kemenangan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI