Peruntukan hal ehwal Islam kerajaan DAP Pulau Pinang naik berganda banding era BN - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Peruntukan hal ehwal Islam kerajaan DAP Pulau Pinang naik berganda banding era BN



Apabila salah seorang perwakilan PAS mendakwa musuh utama PAS sekarang ialah DAP bukannya UMNO maka bolehlah Mohd Yusni Mat Piah nilaikan sendiri adakah DAP benar-benar musuh utama PAS bukannya UMNO.

Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah mengurangkan peruntukan tahunan RM1.75 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai tambahan kepada peruntukan untuk hal ehwal Islam.
Pada kenyataan media, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, dakwaan kononnya jumlah untuk SAR  itu dikurangkan atau dihenti adalah fitnah menggunakan isu agama kerana ia  dibayar setiap tahun.Mengikut perangkaan, sebanyak RM37.25 juta diperuntuk untuk hal ehwal Islam pada 2009, RM39.60 juta (2010), RM65.27 juta (2011), RM66.38 juta (2012), RM55.13 juta (2013) dan RM52.21 juta (2014).

Memetik Buletin Mutiara, akhbar rasmi Kerajaan Pulau Pinang pula, BN hanya menyediakan peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM25.49 juta tetapi tidak pernah memberi sumbangan kewangan kepada SAR. Sebaliknya, Exco Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, dipetik berkata Kerajaan Negeri itu menyediakan peruntukan SAR sebanyak RM1.5 juta pada 2008 dan 2009 sebelum ditambah kepada RM1.75 juta pada 2010 hingga 2014.

Jumlah itu tidak termasuk peruntukan kepada golongan huffaz atau penghafal al-Quran yang tidak diberi bantuan kewangan sepanjang pemerintahan UMMNO BN di Pulau Pinang.
Sejak mentadbir Pulau Pinang, golongan huffaz sejak 2008 diberi peruntukan RM30,900, RM65,000 (2009), RM90,000 (2010), RM130,000 (2011), RM175,000 (2012) dan RM202,500 (2013).
Sejak 2009 pula, Kerajaan Pulau Pinang memperuntuk lebih RM500,000 setiap tahun sebagai bonus kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), SAR, Maahad Tahfiz, Tadika Islam dan Tadika Pondok.

Dalam sektor pelancongan, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah melebihi kapasiti penumpang sebanyak 6.5 juta dengan mengendalikan 6.7 juta penumpang dalam 2016, iaitu 4 tahun lebih awal daripada anggaran 2020. Prestasi Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dan juga hospital-hospital berkualiti mendapat perhatian seluruh dunia. CNN meletakkan Pulau Pinang di tempat kedua daripada 17 tempat paling menarik yang mesti dilawati di dunia pada tahun 2017. Manakala website kesihatan International Living telah mengiktiraf Pulau Pinang sebagai “No.1 Best Healthcare In the World”. Baru-baru ini, penganjuran Penang International Food Festival (PIFF) yang pertama di Pulau Pinang untuk meraikan makanan Pulau Pinang, khususnya makanan jalanan (street food) yang paling sedap di dunia, telah menarik lebih 400,000 pengunjung.

Kerajan Negeri akan meneruskan usaha membina infrastuktur asas dan modal insan demi menjaminkan pembangunan ekonomi yang mampan. Sektor pembuatan berada di ambang Revolusi Industri 4.0 yang membabitkan Big Data Analytics, Cloud Computing, E-Commerce, Crowd Sourcing dan Internet of Things. Demi menyertai Industri 4.0, adalah perlu kita membangunkan modal insan yang mencukupi. Tumpuan akan diberikan dalam Pendidikan STEM (Science, Tecnology, Engineering and Maths) demi memastikan Pulau Pinang menjadi pusat kecemerlangan sains dan teknologi.

Dalam usaha mentransformasikan Pulau Pinang kepada negeri usahawanan dan kebajikan, pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar tidak dilupakan. Pulau Pinang boleh rasa megah kerana merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak menarah atau menyentuh seinci persegi pun hutan simpan kekalnya sejak tahun 2006. Itulah salah satu sebab utama mengapa Pulau Pinang berjaya memastikan bekalan air yang mencukupi. Kejayaan menjadi satu-satunya negeri yang tidak pernah menjalankan catuan air ialah kerana kawasan tadahan air diwartakan dan hutan simpan kekal dijaga sehingga empangan air di Pulau Pinang adalah penuh.

PERTUMBUHAN EKONOMI MENGIKUT NEGERI 2015

Sembilan negeri bertumbuh pada kadar lebih laju daripada paras nasional (5.0 peratus) pada tahun 2015 didahului oleh WP Labuan (6.9 peratus), Sabah (6.1 peratus), Perak (5.9 peratus), Selangor (5.7 peratus), Johor (5.6 peratus), Kedah (5.6 peratus), Pulau Pinang (5.5 peratus), Melaka (5.5 peratus) dan WP KL (5.3 peratus). Walau bagaimanapun, enam negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Perlis mencatatkan pertumbuhan di bawah paras nasional. Walaupun Selangor dan Pulau Pinang dibawah pakatan pembangkang tetapi prestasi kedua-dua negeri setanding negeri-negeri BN. Kelantan di perintah PAS lebih rendah pertumbuhan ekonomi berbanding Melaka negeri yang kecil. 

Jadi, sepatutnya PAS perlu buktikan dibawah pemerintahan PAS juga setanding dengan negeri di bawah BN. Sektor pelancongan antara sektor terpenting untuk Kelantan termasuklah pertanian sepatutnya PAS menerokai sector-sektor ini. Lihatlah perkembangan Pulau Pinang berusaha menjadi negeri pelancongan dengan perubahan-perubahan yang dilakukan, menaik taraf kawasan UNESCO dan sebagainya. Kebersihan adalah kepentingan yang dititik beratkan oleh DAP Pulau Pinang yang menjadikan Pulau Pinang negeri antara negeri terbersih di Malaysia dan projek pembersihan sungai-sungai. Kenapa Kelantan masih gagal dalam memberi penekanan kebersihan?

PRESTASI MENGIKUT SEKTOR, 2015

Sektor Perkhidmatan di Malaysia didominasi oleh Selangor dan WP KL dengan jumlah sumbangan 49.9 peratus. Aktiviti Borong & Runcit merupakan peneraju kepada sektor Perkhidmatan bagi semua negeri, kecuali Perak dan Terengganu (Utiliti) dan WP Labuan (aktiviti Kewangan).

Selangor merupakan penyumbang terbesar dalam sektor Pembuatan dengan sumbangan 28.9 peratus diikuti oleh Pulau Pinang dan Johor dengan masing-masing menyumbang 12.8 peratus dan 12.4 peratus. Sektor Pembuatan di Malaysia berkembang 4.9 peratus, disokong oleh subsektor Elektrik & Elektronik di Selangor, Pulau Pinang dan Johor di samping prestasi menggalakkan bagi Bahan Kimia dan Produk Kimia di Terengganu, Selangor dan Pahang. Sementara itu, Kenderaan Bermotor dan Peralatan Pengangkutan di Melaka, Selangor dan Johor turut mengukuhkan keseluruhan sektor Pembuatan di Malaysia.

Sabah, Sarawak, Johor, Pahang dan Perak kekal sebagai penyumbang utama sektor Pertanian dengan jumlah sumbangan sebanyak 71.6 peratus. Subsektor Kelapa Sawit di Sarawak, Perak dan Negeri Sembilan merupakan pemangkin kepada pertumbuhan sektor Pertanian di peringkat nasional. Tambahan pula, pemulihan bagi subsektor Getah terutamanya di Negeri Sembilan, Kedah dan Perak telah menyokong keseluruhan sektor Pertanian.

KDNK PER KAPITA, 2015

KDNK Per Kapita di peringkat nasional meningkat daripada RM36,031 kepada RM37,104 pada tahun 2015. Enam negeri yang melebihi paras tersebut diterajui oleh WP KL dengan RM94,722 diikuti oleh WP Labuan (RM58,577), Pulau Pinang (RM44,847), Sarawak (RM44,012), Selangor (RM42,611) dan Melaka (RM39,853).

KDNK per Kapita di Pulau Pinang dan Selangor antara tertinggi di Malaysia. Jika Yusni Mat Piah membuat dakwaan musuh utama PAS adalah DAP amatlah tidak benar. Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor sebenarnya lebih baik daripada pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini. Sebelum PAS ini bermusuh dengan pembangkang lain PAS kena terima hakikat kerajaan Selangor pimpinan PAS, PKr dan DAP adalah contoh kepada pemerintah yang perlu dijadikan contoh diperingkat Pusat. Walaupun PAS sekarang bergaduh dengan pembangkang lain tetapi terimalah hakikat bahawa masalah-masalah yang timbul di Malaysia sebenarnya berpunca daripada Barisan Nasional.

Isu 1MDB, isu GST, isu jenayah, isu ketidak adilan peruntukan pembangunan, isu masalah sosial, isu pilihanraya, isu kebebasan media dan pelbagai lagi isu yang memberi masalah di Malaysia hakikatnya berpunca daripada kerajaan Barisan Nasional. Selagi Barisan Nasional memerintah selagi itulah Malaysia masih lagi kekal bermasalah. Fikirkanlah masa depan negara. PAS kena berfikir untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan untuk memastikan pemerintahan Malaysia tidak dikuasai DAP sepenuhnya seperti di Penang. PAS perlu menjadi kuat sekuat parti DAP dan PKR untuk memastikan pentadbiran akan datang terus dipelihara hak orang Islam, Melayu, bumiputera.

Musuh utama tetap Barisonal Nasional. Berusahalah untuk menjatuhkan BN dan pada masa yang sama membangunkan Malaysia dengan rakan-rakan PKR dan DAP walaupun sebenci mana PAS kepada kedua-dua parti itu sekarang. PAS, DAP dan PKR sahaja dapat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional sekarang. Tak ada masalah jika PAS nak kekal bersendirian tetapi pastikan Barisan Nasional tidak lagi memerintah selepas ini.

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=Q0ROdUpSSEVleWRjVk1PbkRlWDMxZz09


0 Komentar untuk "Peruntukan hal ehwal Islam kerajaan DAP Pulau Pinang naik berganda banding era BN"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI