PAN hormat keputusan Sultan Selangor, tetapi bimbang PAS sabotaj - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAN hormat keputusan Sultan Selangor, tetapi bimbang PAS sabotaj



SHAH ALAM: PAN bimbang ‘kemesraan’ PAS dan Umno akan mempengaruhi pentadbiran kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Harapan (PH) selepas keputusan Sultan Selangor semalam, bersetuju mengekalkan 3 exco parti Islam itu dalam pentadbiran.
Ketua Pemuda PAN Selangor, Abbas Azmi percaya tindakan mengekalkan 3 exco itu dilihat sebagai strategi PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Melainkan ada agenda tertentu. Kami hormat keputusan Sultan Selangor yang mahu kerajaan sekarang kekal. Tetapi kami tetap khuatir PAS boleh sabotaj kerajaan negeri. Umno ini ada niat nak kembali rampas Selangor.

“Istilah yang sesuai ialah ‘duri dalam daging’ atau ‘musuh dalam selimut’. Bagaimana sudah bercerai, tetapi tidak mahu berpisah tempat tinggal,” katanya.
Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersetuju mengekalkan 3 exco daripada PAS dalam pentadbiran Selangor sehingga PRU14.

Menurutnya, kedudukan exco itu dikekalkan demi kestabilan pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat.

Tiga exco PAS di Selangor ialah Zaidy Abdul Talib yang memegang portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi.

Sehubungan itu, PAN mendesak PH di Selangor segera menubuhkan sekretariat PH di negeri itu.
Sekretariat itu akan menangani sebarang masalah yang berkemungkinan ditimbulkan oleh PAS.
“Langkah awal, strategi dan merangka gerak kerja bersama perlu dibincang dan diputuskan oleh sekretariat tersebut.

“Kami mahu sekretariat ini diwakili setiap parti dalam PH iaitu PAN, DAP, PKR dan PPBM,” katanya.

0 Komentar untuk "PAN hormat keputusan Sultan Selangor, tetapi bimbang PAS sabotaj"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI