Mustafa digugur, tiga pesuruhjaya negeri ditukar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Mustafa digugur, tiga pesuruhjaya negeri ditukar



KUALA LUMPUR - Datuk Mustafa Ali digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, manakala tiga Pesuruhjaya Pas negeri juga ditukar iaitu Terengganu, Selangor dan Johor.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Mustafa dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas dan penasihat kepada presiden parti.

Beliau berkata, jawatan Mustafa itu digantikan oleh Setiausaha Politik Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Beliau (Mustafa) akan menasihatkan parti apabila diperlukan, selain berperanan sebagai penasihat kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Menurut Takiyuddin, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan sejak 1 Mei hingga hari ini, turut sebulat suara melantik Razman Zakaria sebagai bendahari menggantikan Mohamad Noor Mohamad.

Sementara itu, tiga pesuruhjaya negeri yang ditukar ialah Datuk Iskandar Abdul Samad di Selangor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed di Johor dan Saiful Bahri Mamat di Terengganu.

“Datuk Husin Awang menggantikan Saiful Bahri, Sallehen Mukhyi menggantikan Iskandar dan Abdullah Hussin menjadi Pesuruhjaya Pas Johor,” katanya.

Beliau berkata, 11 pesuruhjaya yang lain masih kekal.

Takiyuddin berkata, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menguruskan hal ehwal parti di luar negara termasuk menjaga kebajikan ahli-ahli.

Tiga Naib Presiden Pas iaitu Idris Ahmad, Iskandar dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula, Takiyuddin berkata, mereka bertanggungjawab menjaga beberapa negeri yang dibahagikan kepada tiga zon.

Katanya, Idris akan menjaga Zon Utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, manakala Iskandar di Zon Selatan (Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka) seterusnya Zon Timur (Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak) pula di bawah tanggungjawab Mohd Amar.

Senarai Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Pusat sesi 2017-2019

Setiausaha Agung: Datuk Takiyuddin Hassan

Bendahari Pas Pusat: Razman Zakaria

Ketua Penerangan: Nasrudin Hassan

Ketua Pengarah Pilihan Raya: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Penolong Setiausaha Agung (1):  Khairul Faizi Ahmad Kamil

Penolong Setiausaha Agung (2):  Khairul Fahmi Mat Som

Ahli Jawatankuasa (1): Mohd Sanusi Md Nor

Ahli Jawatankuasa (2): Saiful Bahri Mamat

Ahli Jawatankuasa (3): Mohamad Hussain

Ahli Jawatankuasa (4): Dr Mohd Khalid Kassim

Ahli Jawatankuasa (5): Zainal Abidin Kidam

Ahli Jawatankuasa (6): Datuk Dr Abdul Hakeem Johari

Ahli Jawatankuasa (7): Wan Rohimi Wan Daud.

Senarai Pesuruhjaya Pas Negeri dan Wilayah Persekutuan sesi 2017-2019

Kelantan: Datuk Ahmad Yaakob

Terengganu: Datuk Husin Awang

Perlis: Mohd Shukri Ramli

Kedah: Dr Ahmad FakhruddinFakhrurrazi

Pulau Pinang: Muhammad Fauzi Yusoff

Perak: Razman Zakaria

Selangor: Sallehen Mukhyi (Adun Sabak)

Wilayah Persekutuan: Mohamad Noor Mohamad

Pahang: Rosli Abdul Jabar

Negeri Sembilan: Mustafa Daharum

Melaka: Kamaruddin Sidek

Johor: Abdullah Hussin

Sabah: Paumin @ Aminuddin Aling

Sarawak: Jofri Jaraiee

0 Komentar untuk "Mustafa digugur, tiga pesuruhjaya negeri ditukar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI