'Kerusi PAS bukan hak rakan lain' - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

'Kerusi PAS bukan hak rakan lain'



SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pembangkang lain. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata begitu juga kerusi yang hampir menang atau kalah tipis tidak akan diserahkan kepada sesiapa Katanya, perkara itu dinyatakan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai panduan kepada parti itu untuk berunding mengenai pengagihan kerusi PRU akan datang.

"Anwar berpesan kepada parti, 23 kerusi Parlimen yang PAS sudah menang tidak boleh diserahkan langsung kepada sesiapa. "Selain itu, kerusi yang PAS hampir menang atau kalah tipis juga tidak boleh diserahkan kepada sesiapa. Ini akan menjadi amanah kepada pimpinan bila masuk ke peringkat rundingan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional parti itu di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, beliau juga mencadangkan supaya semua calon parti yang terpilih mewakili parti dalam PRU supaya sanggup mengisytiharkan harta masing-masing. "Saya kalau terpilih menjadi calon, bersedia untuk mengisytiharkan pendapatan saya. Pencen wakil rakyat, pencen ahli parlimen dan elaun dari kerajaan Pulau Pinang. Berapa simpanan tunai, berapa kereta saya ada. Saya bersedia. "(Ia) supaya calon yang PKR tawarkan bukan sahaja bersih, tetapi kelihatan bersih. 'Lebih putih dari warna putih'. Lebih tinggi moral dan wibawanya, lebih kuat keyakinan dan kepercayaan rakyat untuk beri sokongan kepada kita," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/284952
0 Komentar untuk "'Kerusi PAS bukan hak rakan lain' "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI