Gol Faiz Subri Jadi Perhatian Dunia - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Gol Faiz Subri Jadi Perhatian Dunia



PETALING JAYA: Seorang pemain bola sepak dari Malaysia berpeluang mencalonkan dirinya ke Anugerah Puskas tahun ini selepas menjaringkan gol unik menerusi sepakan percuma.

Malah dia juga dilapor bakal menjadi pencabar kepada gol unik yang dihasilkan bintang bola sepak dunia, Lionel Messi

Gol yang menjadi perhatian dunia itu dihasilkan oleh pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri ketika menentang Pahang pada malam selasa.

Keunikkan jaringan tersebut telah disamakan dengan sepakan percuma yang disempurnakan oleh legenda pertahanan Brazil, Roberto Carlos.

Sepakan dari jarak 30 meter itu dikatakan unik apabila ia melencong dari kiri ke kanan gol lawan sebelum menerjah ke gawang.

Gol tersebut turut menjadi berita di beberapa portal sukan dunia dan laman sosial.

0 Komentar untuk "Gol Faiz Subri Jadi Perhatian Dunia"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI