Cabar Parti, Husam Berdepan Tindakan Dipecat Daripada PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Cabar Parti, Husam Berdepan Tindakan Dipecat Daripada PAS

KUALA TERENGGANU: Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berdepan tindakan digantung atau dipecat daripada parti itu berikutan tindakannya mencabar dan mengkritik PAS.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti supaya memanggil Husam dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

"Perkara ini kita serahkan kepada jawatankuasa untuk membuat keputusan. Bentuk tindakannya kita serah kepada jawatankuasa disiplin, tetapi tidak lari daripada beri amaran, digantung atau dipecat," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pejabat Penyelaras Parlimen Pas Kuala Terengganu di sini, Khamis.

Mengulas kenyataan Husam bahawa usaha Abdul Hadi membawa usul Hudud di Kelantan tanpa merujuk parti terlebih dahulu sebagai satu tindakan pramatang, presiden PAS itu berkata beliau lebih berpengalaman daripada Husam dan telah lama menyertai parti berkenaan.

"Saya menyertai PAS sejak 1963. Isu hudud (timbul) sejak tahun kita mencapai kemerdekaan pada 1957 dan ia tanggungjawab kita sebagai orang Islam. Saya bukannya main politik (mengenai isu hudud).

"Masa (pelaksanaannya) akan tiba. Dia (Husam) masuk parti sejak tahun 80-an dan ini (hudud) adalah isu lama," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS akan meletakkan calonnya bertanding bagi 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

"Calon telah ada dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya kita akan usahakan untuk menang satu kerusi di Sarawak," katanya. - BERNAMA

0 Komentar untuk "Cabar Parti, Husam Berdepan Tindakan Dipecat Daripada PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI