Bila, Syamel, Sufi, Sharul Ke Final AF 2015 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bila, Syamel, Sufi, Sharul Ke Final AF 2015

SHAH ALAM: Empat peserta iaitu Bila, Syamel, Sufi dan Sharul berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir konsert Akademi Fantasia 2015 (AF 2015).

Pengumuman itu dibuat oleh pengacaranya Faizal Ismail dan Zizan Razak pada konsert separuh akhir AF2015 bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Ahad.

Bagaimanapun, peserta yang bertanding pada peringkat separuh akhir malam Ahad, Rachel dan Lisa  gagal ke peringkat akhir AF 2015 selepas diumumkan tersingkir.

"Saya terima dengan kekalahan ini tetapi ini bukan perjalanan akhir di bidang ini. Sebaliknya saya akan terus berusaha untuk menjadi seorang penyanyi profesional di arus perdana," kata Rachel.

Manakala Lisa pula berkata, dia juga mahu terus mengejar cita-citanya sebagai penyanyi yang berjaya.


Lisa dan Rachel tersingkir pada konsert separuh akhir AF2015, malam Ahad.
Pada malam konsert tersebut pelajar-pelajar ditugaskan untuk membuat dua persembahan iaitu secara solo dan duet.

Untuk tugasan solo, Syameel mempersembahkan lagu Cinta Yang Sempurna nyanyian Qanda, Sufi (Untukmu Ibu, nyanyian Exist), Shahrul (Gadis Jolobu, nyanyian Waris dan Datuk Hattan), Bila (Girl On Fire, nyanyian Alicia Keys), Rachel (Hi Hi Bye Bye nyanyian Cyndi Wang) dan Lisa (Masih Cinta nyanyian Kotak).

Tugasan lagu duet pula, Syamel membawakan lagu In Love With You bersama penyanyi Aizat Amdan, Sufi (Seluruh Cinta bersama Aisyah Aziz), Shahrul (Tak Kenal Maka Tak Cinta bersama Nourul Depp), Bila (Pening bersama Bob AF), Rachel (Hati Ini Telah Dilukai bersama Azhael) dan Lisa (One Sweet Day bersama Forteen).

Juri tetap program itu ialah Datuk Ramli MS manakala Datuk AC Mizal dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy) sebagai juri undangan.

AF2015 bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) sejak 2 Ogos lalu pukul 9 malam.

Rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi melalui liputan harian Diari AF 2015 pula disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam.

Konsert peringkat akhir AF 2015 akan berlangsung pada Ahad depan (11 Oktober 2015) di Auditorium MBSA di sini pada pukul 9 malam.

0 Komentar untuk "Bila, Syamel, Sufi, Sharul Ke Final AF 2015"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI