ADUN Skudai umum letak jawatan ketua pembangkang DUN Johor - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

ADUN Skudai umum letak jawatan ketua pembangkang DUN Johor

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr Boo Cheng Hau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuatkuasa serta-merta.

Cheng Hau yang menyandang jawatan itu sejak tahun 2008, berkata beliau membuat keputusan berkenaan kerana terdapat kempen dalam kalangan kepemimpinan DAP Johor ketika ini untuk memburukkan namanya.

"Bukan sahaja segelintir pemimpin ini memburukkan nama saya, malah mereka juga melemparkan pelbagai fitnah dan sering mengenepikan saya daripada sebarang aktiviti parti di peringkat Johor.

"Kumpulan ini sudah melupakan sumbangan dan bantuan yang diberikan kepada mereka selama ini ketika saya memegang jawatan sebagai Pengerusi DAP Johor selama sembilan tahun dari 2005," katanya pada sidang media di Pusat Komuniti Kawasan DUN Skudai di sini.

Cheng Hau berkata, beliau sudah memaklumkan keputusan itu kepada Speaker DUN Johor, Tan Sri Mohamed Aziz dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pagi tadi menerusi kiriman e-mail. Bagaimanapun, katanya beliau masih kekal sebagai ADUN Skudai dan Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) DAP.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/88396
0 Komentar untuk "ADUN Skudai umum letak jawatan ketua pembangkang DUN Johor "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI