TI Minta PM Dedah Identiti Penderma RM2.6 Bilion - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

TI Minta PM Dedah Identiti Penderma RM2.6 Bilion

PUTRAJAYA: Pengerusi Transparency International (TI), Jose Ugaz meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan identiti 'penderma' dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadinya.

"Siapa yang membayar wang tersebut dan mengapa? Ke mana perginya wang tersebut," soalnya ketika berucap pada persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Rabu.

Menurut Ugaz, hanya Najib yang boleh menjawab segala persoalan berhubung dana RM2.6 bilion dikaitkan dengan beliau yang menjadi perhatian seluruh dunia pada hari ini.

"Hanya seorang individu (Najib) yang boleh menjawab persoalan ini," katanya.

Beliau berkata, sekiranya Najib gagal menjelaskan perkara itu, hanya siasatan bebas tanpa campur tangan politik boleh mendedahkan kebenarannya.

"Sehingga itu berlaku, tiada sebarang kenyataan daripada kerajaan mengenai anti rasuah boleh dipercayai," katanya.

Jelas beliau, persoalan tersebut dibangkitkan sebagai mewakili suara rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang bersifat jujur dan mengamalkan integriti.

"Kami tidak berdiri sendiri. Kami mempunyai persamaan dengan semua yang menentang mereka yang menyalahgunakan kuasa dan wang rakyat," katanya.

0 Komentar untuk "TI Minta PM Dedah Identiti Penderma RM2.6 Bilion"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI