Pas boleh bergerak sendiri - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pas boleh bergerak sendiri

SHAH ALAM - Kekuatan Pas membolehkan parti itu bergerak sendiri tanpa memerlukan gabungan dengan PKR, DAP dan mana-mana parti politik lain bagi membentuk PR 2.0.

Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berpandangan, Pas sebelum ini pernah berdepan situasi itu dan tidak menolak kemungkinan berulang kembali.

Katanya, ini terbukti dengan pelawaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mahu meneruskan kerjasama dengan Pas dalam PR 2.0, kerana menyedari tanpa Pas hasrat ke Putrajaya pasti terkubur.

“Daripada sokongan akar umbi, Pas mempunyai kekuatan itu. Jika Pas tiada dalam PR 2.0, kerusi yang dimenangi PR pada PRU 13, berkemungkinan akan merosot pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Mohd Fuad berkata, PKR sebolehnya mahukan Pas menyertai PR 2.0 meskipun DAP tidak sehaluan.

“Hubungan Pas dan PKR lebih lancar memandangkan PKR tidak lantang mengkritik berbeza dengan DAP. Oleh kerana itu, Pas dan PKR dilihat mampu menjadi rakan kongsi baik mempertahankan kepentingan itu,” katanya.

Beliau berkata, pelawaan Azmin bagi Pas kekal bersama PR 2.0 itu juga dilihat bagi memikirkan kepentingan untuk kekal memerintah di Selangor.

Bagaimanapun, Mohd Fuad tidak menolak kemungkinan tiga parti itu akan bergabung hanya sementara untuk menentang BN pada PRU14.

0 Komentar untuk "Pas boleh bergerak sendiri"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI