'DAP kekal dalam kerajaan Selangor meskipun PKR bekerjasama dengan PAS' - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

'DAP kekal dalam kerajaan Selangor meskipun PKR bekerjasama dengan PAS'

JOHOR BAHRU: DAP akan terus mengekalkan kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor, meskipun PKR tetap berkeras mahu bekerjasama dengan PAS, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Lim berkata langkah itu bagi menghalang PAS daripada memperkenalkan dasar pentadbiran yang tidak sesuai kepada rakyat Selangor.

Katanya, jika DAP berundur daripada kerajaan negeri Selangor, PAS dibimbangi akan berbuat apa sahaja, sebagai contoh, memperkenalkan larangan menjual arak.

"Pendirian kita jelas. Walaupun PKR mahu bekerjasama dengan PAS, itu ialah hak dan keputusan mereka.

"Bagaimanapun, kita mengakui ia akan sedikit menjejaskan (kedudukan) DAP dalam kerajaan Selangor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Kedai Kopi dan Pendaftaran Pengundi Baru anjuran Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya di Taman Molek, di sini hari ini.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PKR yang tetap mahukan PAS berada dalam pakatan pembangkang dan bagaimana kedudukan DAP dalam kerajaan Selangor dengan pendirian PKR itu.

Turut hadir Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung.

Related Post

  • Kenapa Melayu Islam Masuk DAP? Ramai bertanya soalan ini. Kenapa tidak menunggu parti baru yang mengguna nama Islam? Kenapa tak masuk PKR yang dipim…
  • Pendedahan panas bekas aktivis DAP. Bekas aktivis DAP, Shen Yee Aun (SYA) menjelaskan bagaimana strategi licik DAP menguasai PKR dan PAS sebagai modus oper…
  • Islam Progresif Ala DAP Bila akhir zaman akan wujud penyelewengan Islam secara halus. Kita akan terpesona dengan Islam ini kerana kita selalu…
  • Tolong Jangan Kacau PKR PKR Sarawak masih menganggap DAP sebagai rakan Pakatan tetapi DAP pula "memutuskan hubungan" dengan alasan hudud yang…
  • Sah PAS-DAP Bercerai PETALING JAYA: Majlis Syura Ulama PAS pada Sabtu secara rasminya menyokong usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat pada pe…
0 Komentar untuk "'DAP kekal dalam kerajaan Selangor meskipun PKR bekerjasama dengan PAS'"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI