GHB Selangor Jangka Penghijrahan Besar-Besaran Dari PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

GHB Selangor Jangka Penghijrahan Besar-Besaran Dari PAS



SHAH ALAM: PAS bakal menyaksikan kekurangan bilangan keanggotannya apabila Gerakan Harapan Baru (GHB) Selangor akan dilancarkan pada akhir bulan ini.

Penyelaras GHB Selangor, Izham Hashim berkata, pelancaran itu akan menyaksikan lebih ramai ahli PAS menyertai pergerakan baharu di negeri itu.

"Anda akan terkejut pada hari pelancaran itu, anda akan lihat sejumlah bahagian dan cawangan PAS akan berakhir," kata Izham pada sidang media mengumumkan pembukaan GHB Selangor pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin turut menghadiri sidang media yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Kedua-dua mereka digantung keahlian PAS selama dua tahun berikutan krisis Menteri Besar Selangor pada tahun lalu.

Izham yang merupakan Ketua PAS Bahagian Kelana Jaya berkata, kesemua cawangan PAS Selangor akan berhijrah ke GHB.

Beliau berkata, bahagian GHB di kesemua 22 kawasan parlimen di Selangor akan ditubuhkan.

"Bahagian di negeri-negeri lain turut akan ditubuhkan dengan Johor mempunyai bilangan ahli PAS yang tertinggi akan menyertai GHB, diikuti Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor," kata Izham.

Izham menambah, terdapat beberapa Adun PAS Selangor secara berahsia menyuarakan minat mereka untuk menyertai GHB.

"Kita tidak paksa mereka kerana mereka secara sukarela mahu bertukar. Mereka sudah boleh fikir sendiri apakah yang terbaik mengenai penglibatan mereka dalam politik," katanya.

Seramai 13 Adun PAS tidak termasuk Saari dan Hasnul di Selangor.

0 Komentar untuk "GHB Selangor Jangka Penghijrahan Besar-Besaran Dari PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI