Bai'ah penghalang pemimpin keluar Pas - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bai'ah penghalang pemimpin keluar Pas

SHAH ALAM - Bai'ah Pas mungkin menjadi faktor ahli parlimen yang menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) tidak mahu keluar daripada parti Islam itu.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, ini kerana dari aspek undang-undang, tiada halangan kepada mana-mana ahli parlimen untuk melompat parti.

“Jika mereka sudah menyatakan pendirian mahu menyertai Harapan Baru, sepatutnya mereka keluar dari Pas dengan segera. Lagipun tiada masalah untuk mereka bergerak sebagai wakil rakyat Bebas.

“Namun, mengapa sehingga sekarang mereka ingin kekal dalam Pas? Ia mungkin disebabkan wakil rakyat ini sudah terikat dengan perjanjian baiah dengan Pas,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bahawa semua wakil rakyat Pas yang menyertai Harapan Baru tidak akan keluar Pas.
Khalid berkata, mereka berbuat demikian kerana tidak mahu menjadi wakil rakyat Bebas.

Mengulas lanjut, Ahmad Marthada berkata, ahli parlimen yang menyertai Harapan Baru mengambil pendekatan selamat tidak keluar dari Pas dan hanya menanti dipecat apabila Harapan Baru sah menjadi sebuah parti.

“Sekiranya mereka keluar dari Pas sekarang, mereka akan menanggung kesan akibat melanggar bai'ah.

“Keadaan mungkin berbeza jika mereka dipecat dari Pas kerana tidak akan dianggap melanggar bai'ah,” katanya.

Menurutnya, alasan diberikan Khalid iaitu tidak mahu bergerak sebagai ahli Bebas tidak kukuh kerana melompat parti adalah perkara biasa.

0 Komentar untuk "Bai'ah penghalang pemimpin keluar Pas"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI