Laporan Sidang Media Tan Sri Muhyiddin Yassin - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Laporan Sidang Media Tan Sri Muhyiddin Yassin



Fakta Penjelasan Skandal 1MDB Kepada Kabinet Terlalu Ringkas - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa siri kritikannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Muhyiddin Yassin kali ini berkata penjelasan mengenai dakwaan skandal syarikat pelaburan itu menerusi 'fact sheet' yang diedarkan kepada jemaah menteri sebelum ini terlalu ringkas dan tidak komprehensif.

Jelas bekas timbalan perdana menteri itu, beliau memerlukan maklumat yang lebih lengkap berhubung dakwaan skandal berkenaan.

"Memang ada 'fact sheet' yang agak ringkas, tidak begitu komprehensif dan hanya menyatakan data yang hanya boleh dilihat dalam tempoh 5 hingga 10 minit.

"Ia tidak memadai, kerana 1MDB ini isu besar. Sebab itu saya perlu dapatkan maklum balas," katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara di sini, Rabu.

Menurut Muhyiddin, sebagai anggota Kabinet pada ketika itu, beliau bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai dakwaan skandal berkenaan.

Ditanya sejauh mana beliau mengetahui mengenai maklumat berkaitan 1MDB, Muhyiddin berkata: "Saya tahu lebih sedikit daripada apa yang anda tahu."

Najib Susah Nak Cakap Mahu Gugurkan Saya - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui hanya dimaklumkan mengenai penggugurannya daripada Kabinet kurang sejam sebelum keputusan berkenaan diumumkan secara langsung menerusi televisyen di Putrajaya.

Jelas bekas timbalan perdana menteri itu, beliau bagaimanapun menyedari mengenai penggugurannya ketika menghadiri satu majlis rasmi di Sendayang, Negeri Sembilan pada pagi Selasa.

"Masa itu saya dah sedar ia adalah majlis terakhir saya selaku timbalan perdana menteri. Saya diminta hadir ke Pejabat Perdana Menteri pada pukul 11.30 pagi namun hanya berkesempatan ke sana pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

"Saya tanya perdana menteri apa tujuan memanggil saya...beliau susah nak cakap. Saya tanya adakah saya digugurkan, beliau hanya mengangguk. Saya ucap terima kasih," katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara di sini.

Pada sidang media itu beliau ditemani isterinya, Puan Sri Noraini Abdul Rahman.

Sidang media yang dihadiri wakil media tempatan dan antarabangsa itu berlangsung kira-kira setengah jam.






0 Komentar untuk "Laporan Sidang Media Tan Sri Muhyiddin Yassin"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI