Filem 'Gila Baby' Ungguli Pencalonan Anugerah Lawak Warna 2015 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Filem 'Gila Baby' Ungguli Pencalonan Anugerah Lawak Warna 2015




KUALA LUMPUR: Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd berjudul Gila Baby mengungguli senarai pencalonan Anugerah Lawak Warna 2015 dengan lima pencalonan.
Selain dicalonkan Filem Komedi Terbaik, Gila Baby turut mendapat pencalonan dalam kategori Pengarah Komedi Terbaik menerusi pengarahnya, Khabir Bhatia dan Lakon Layar dan Skrip Terbaik.

Dua pelakon utamanya, Sharnaaz Ahmad dan Nadiya Nisaa masing-masing mendapat pencalonan dalam kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik dan Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem).

Anugerah Lawak Warna 2015 bakal berlangsung pada 21 Ogos depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini.

Ia juga bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134).

Dalam pada itu, filem Manisnya Cinta Di Cappadocia menerima empat pencalonan iaitu Filem Komedi Terbaik, Lakon Layar dan Skrip Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chaully).

Heroin filem berkenaan Nur Fazura turut menerima pencalonan menerusi Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem).

Antara karya lain yang turut tercalon adalah Cicakman, Amir dan Loqman Pergi Ke Lautdan Adnan Sempit Sawadikap.Sementara itu, menerusi kategori Rancangan Komedi Terbaik Bersiri lima program yang tercalon adalah Karoot Komedia X musim ketiga, Sembah Teh Tarik musim kedua, Diva episod dua, Ceria Popstar musim kedua dan Karok La Kau.

Manakala Telemovie Terbaik yang tercalon adalah Gangster Melor, Cinta Kedua, Jihan Nak Buat Rumah Terbuka, Nak kahwin Lagi dan Oh My English (Villa Isabellaaa!!).Manakala bagi kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) yang tercalon adalah Syafiq Kyle (Gangster Melor), Sharnaaz Ahmad (Suamiku Encik Sotong), Adlin Aman Ramlie (Cinta Kedua), Remy Ishak (Atie Setan) dan Arja Lee (Apabila Kau Tersenyum).

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) pula menyaksikan persaingan di antara Azizah Mahzan (Cinta Kedua), Liza Abdullah (Menantu Encik Ikan Masin), Didie Alias (Nak Kahwin Lagi), Amyza Aznan (Nak Kahwin Lagi) dan Jihan Muse (Jihan Nak Buat Rumah Terbuka).

Sebanyak 13 Anugerah Terbaik, empat Anugerah Popular dan satu Anugerah Khas Juri dipertandingkan pada tahun ini.

Ia bakal dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz dan bertemakan 'celebration'.

Berikut adalah senarai penuh finalis Anugerah Lawak Warna 2015:

Kategori TerbaikFilem Komedi Terbaik
1. Cicakman 3 - KRU Studios
2. Manisnya Cinta di Cappadocia - Astro Shaw / Global Station / Red Communication
3. Amir & Loqman Pergi Ke Laut - Astro Shaw
4. Gila Baby - Grand Brilliance
5. Adnan Sempit Sawadikap - MIG Pictures

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)

1. Shaheizy Sam - Kaki Kitai
2. Beto Kusyairy - Gila Baby
3. Shaheizy Sam - Adnan Sempit Sawadikap
4. Fizz Fairuz - Mat Tudung
5. Sharnaaz Ahmad - Gila Baby

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)

1. Nadiya Nisaa - Gila Baby
2. Yana Samsudin - Adnan Sempit Sawadikap
3. Nur Fazura - Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Azizah Mahzan - Cicakman 3
5. Nelydia Senrose - Mat Tudung

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)

1. Syafiq Kyle - Gangster Melor
2. Sharnaaz Ahmad - Suamiku Encik Sotong
3. Adlin Aman Ramlie - Cinta Kedua
4. Remy Ishak - Atie Setan
5. Arja Lee - Apabila Kau Tersenyum

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)

1. Azizah Mahzan - Cinta Kedua
2. Liza Abdullah - Menantu Encik Ikan Masin
3. Didie Alias - Nak Kahwin Lagi
4. Amyza Aznan - Nak Kahwin Lagi
5. Jihan Muse - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka

Rancangan Komedi Terbaik Bersiri

1. Karoot Komedia X S3 - Lydia Emalia Ishak (APSB)
2. Sembang Teh Tarik S2 - Abid Hussain (Creative Stew)
3. Diva (Eps 2) - Kamarul Zariman Abd Rahman (Primeworks Studios)
4. Ceria Popstar S2 - Nurul A'in Mohd Noor (APSB)
5. Karok La Kau - Lydia Emalia Ishak (APSB)

Rancangan Komedi Terbaik Bukan Bersiri

1. Raya Ke Dik?! - Nor Kuzaimah Abd Aziz (RTM)
2. Redah Kasi Pecah Extravaganza S2 (Akhir) - Noradyman Sulaiman (Vision Works)
3. Super Spontan 2014 (Akhir) - Noradyman Sulaiman (Vision Works)
4. Maharaja Lawak Mega 2014 (Akhir) - Khairul Nizam Jamaludin (APSB)
5. Maharaja Lawak Mega: Haji Pilus Tak Nak Raya - Shahhril Hadziman Abu Talib (APSB)

Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri)

1. Suamiku Encik Sotong - Global Station
2. Oh My English S3 - Astro Tutor TV / Red Communication
3. Manis - KL Motion Pictures
4. Bedah vs Joyah - Zeel Production & ZK Kreatif Production
5. Keluarga Iskandar 2 - KL Motion Pictures

Telemovie Komedi Terbaik

1. Gangster Melor - Quiara One Production
2. Cinta Kedua - Suhan Movies
3. Jihan Nak Buat Rumah Terbuka - KL Motion Pictures
4. Nak Kahwin Lagi - Suhan Movies
5. Oh My English Villa Isabella - Astro Tutor TV / Red Communication

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (Filem)

1. Waan Hafiz - Mat Tudung
2. Rafidah Abdullah - Manisnya Cinta di Cappadocia
3. Mamat Khalid - Amir & Loqman Pergi Ke Laut
4. Alfie Palermo & Khabir Bhatia - Gila Baby
5. Epy Kodiang & Panel MIG - Kaki Kitai

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (TV)

1. Mohd Fadzzil Mazlan - Gangster Melor
2. Mazlan Manan - Nak Kahwin Lagi
3. Mazlan Manan - Cinta Kedua
4. Shuhadatulain Zakaria - Suamiku Encik Sotong
5. Wan Hasliza Wan Zainudin - Keluarga Iskandar 2

Pengarah Komedi Terbaik (Filem)

1. Khabir Bhatia - Gila Baby
2. Bernard Chauly - Manisnya Cinta di Cappadocia
3. Waan Hafiz - Mat Tudung
4. Mamat Khalid - Amir & Loqman Pergi Ke Laut
5. Ismail Bob Hasim - Adnan Sempit Sawadikap

Pengarah Komedi Terbaik (TV)

1. Heykal Hanafiah - Gangster Melor
2. Nizam Zakaria - Nak Kahwin Lagi
3. Jamal Khan - Cinta Kedua
4. MP Roslin - Suamiku Encik Sotong
5. Syed Khairul Farez - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka

Kategori Popular

Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular

1. Zero
2. Sepahtu
3. Bocey
4. Shiro
5. Zulin Aziz & Sherry Alhadad
6. SYJ

Pengacara Lawak TV Paling Popular

1. Dato' AC Mizal
2. Nabil Ahmad
3. Zizan Razak
4. Jihan Muse
5. Afdlin Shauki
6. Faizal Ismail

Artis Lawak Wanita Paling Popular

1. Jihan Muse
2. Jasmin Hamid
3. Didie Alias
4. Amyra Rosli
5. Zulin Aziz
6. Sharifah Sakinah

Artis Lawak Lelaki Paling Popular

1. Shaheizy Sam
2. Jep Sepahtu
3. Johan
4. Shahrol Shiro
5. Abam Bocey
6. Ebby Yus
0 Komentar untuk "Filem 'Gila Baby' Ungguli Pencalonan Anugerah Lawak Warna 2015"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI