Azmin pertahan Hadi, isu `ponteng’ mesyuarat bukan masalah besar Pakatan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Azmin pertahan Hadi, isu `ponteng’ mesyuarat bukan masalah besar Pakatan

PKR melihat isu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan sering ponteng mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bukan isu besar, kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan presiden PKR itu berkata, ketiadaan pemimpin tertinggi dalam mesyuarat Majlis Presiden dan Majlis Pimpinan PR tidak menjejaskan hubungan baik antara tiga parti itu.

"Saya percaya hal ini boleh diselesaikan secara baik dalam PR.

"Saya tidak melihat ia sebagai satu isu besar. Hadi dan pimpinan PAS memberikan komitmen positif dalam Pakatan sehingga menghasilkan kejayaan dalam pilihan raya umum," katanya kepada pemberita di Gombak, Selangor hari ini.
DAP dan PAS sebelum ini dilihat sering berbalah apabila menyentuh soal kehadiran Hadi dalam mesyuarat PR.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu meluluskan resolusi mendesak agar ahli Parlimen Marang itu hadir ke mesyuarat PR.

Manakala Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang kecewa dengan kenyataan DAP turut mengungkit isu sama apabila mendakwa ketua menteri Pulau Pinang itu juga sejak 2008 lebih kerap ponteng mesyuarat berbanding Hadi. – 16 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azmin-pertahan-hadi-isu-ponteng-mesyuarat-bukan-masalah-besar-pakatan#sthash.QkGytSRB.dpuf
0 Komentar untuk "Azmin pertahan Hadi, isu `ponteng’ mesyuarat bukan masalah besar Pakatan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI