Ada yang merasa pelik - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ada yang merasa pelik


"Sesetengah orang PAS di Terengganu rasa pelik ada pemimpin PAS pusat yang sokong SIS yang telah difatwakan MAIS sebagai  sesat.

Ada juga yang kata, kita tidak hairan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong SIS ,kerana beliau menganuti pemikiran politik pelbagai.

Akan tetapi, macam mana pemimpin yang menganuti pemikiran politik Islam dikatakan turut menyokong dan membela SIS  yang sesat itu.

Belum sempat penulis member jawapan, seorang ustaz juga ahli PAS berkata, kalau dah boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam begitulah jadinya.

Maaf ya, ini bukan keluar daripada mulut penulis, tetapi ianya keluar daripada mulut seorang ustaz ahli jawatankuasa Dewan ulamak PAS Terengganu.

Oleh itu dapatlah penulis buat kesimpulan, bahawa memang ada kebenaran kata kata ustaz tadi. Jika boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam apa apa pun semuanya tidak pelik lagi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendiriannya bahawa bersalaman dengan perempuan dibolehkan dan dijadikan amalan hingga kini.

Tidak pelik apabila beliau sendiri mengatakan SIS hanya perbezaan pendapat dalam Islam yang boleh kita maknakan bukan sesat. Sebab itu dia tidak setuju sis di haramkan.

Tiga Ahli Parlimen PAS turut menyokong dan mengiakan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang barangkali mempunyai pemikiran politik yang pelbagai.

Ada benarnya mereka berkomplok dengan 21 orang ahli jawatankuasa PAS pusat untuk menjatuhkan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang telah dirintis oleh umno selama ini.

Tidak pelik dengan tindakan seumpama itu, kerana Datuk Asri Muda pernah diogantung keahliannya bersama 11 orang ahki jawatankuasa pAS pusat tidak lama dahulu.

Tidak mustahil sejarah ini akan berulang semula apabila presiden enggan meletak jawatan nanti akan diambil tindakan sama iaitu mengantung keahlian presiden bersama 11 orang yang lain.

Namun demikian penulis tidak merasa sebarang kepelikan apabila ada ahli jawatankuasa pas pusat sokong sis yang difatwakan MAIS sebagai sesat.

PAS juga turut dilebelkan sebagai parti ajaran sesat oleh Setiausaha agung umno yang mana sebelum ini penuh mulut dicanangkan ketika dalam ceramah umum anjuran BN PRU demi PRU.

Oleh itu, tidak pelik lagi apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas kerana sudah bersama sama dengan orang bukan musuh agama Allah itu.

Wahai para pemimpin PAS, ingat,ingat dengan kata kata Saidina Umar Al- Kattab yang maksudanya: “ tidak ada ertinya islam tanpa organisasi dan tidak ada ertinya organisasi tanpa displin dan tidak ada gunanya displin tanpa ketaatan”.

0 Komentar untuk "Ada yang merasa pelik"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI