Piala Malaysia: Pahang Tewas Di Tangan Kedah Di Alor Star - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Piala Malaysia: Pahang Tewas Di Tangan Kedah Di Alor Star


Sukan & Hiburan

ALOR STAR: Pasukan bukan pilihan, Kedah sekali lagi membuat kejutan apabila berjaya mengatasi juara bertahan kejohanan, Pahang 3-1 pada saingan separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Aman, dekat sini malam tadi.


Bermain di depan lebih 30,000 penyokong sendiri, Kedah memulakan permainan dengan aksi meyakinkan dengan melakukan serangan demi serangan di benteng lawan.
Percubaan skuad Helang Merah membuahkan hasil apabila pemain importnya, Namkung Woong berjaya membolosi gol lawan seawal minit ke-8, hasil hantaran Mohd. Rizal Ghazali.
Skuad Tok Gajah sekali lagi dikecewakan apabila gawang golnya dibolosi pada minit ke-48 hasil hantaran cantik Baddrol Bakhtiar yang disudahi dengan tandukan Mohd. Farhan Roslan.
Namun, pada minit-minit akhir perlawanan, gawang Helang Merah berjaya dibolosi Pahang menerusi Matias Ruben Conti.
Bagaimanapun, kegembiraan Pahang hanya seketika apabila Kedah berjaya menyumbat gol ketiga tidak lama kemudian oleh Khyril Muhymeen.
Skuad Tok Gajah turut membuat asakan namun ternyata benteng pertahanan Kedah, juara treble 2007/08 sukar ditembusi.
Kelebihan dua agregat itu akan menjadi pembakar semangat kepada Kedah untuk terus menyumbat gol di tempat lawan pada aksi separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang pada 24 Oktober ini.
Hadir menyaksikan perlawanan ialah Tengku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
Kosmo! semalam melaporkan pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan yakin Tok Gajah mampu menundukkan Helang Merah meskipun pasukan lawan mempunyai kelebihan kerana beraksi di gelanggang sendiri.

Sementara jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mengambil sikap merendah diri dengan meramalkan Kedah bakal menerima tentangan sengit. #sumber
0 Komentar untuk "Piala Malaysia: Pahang Tewas Di Tangan Kedah Di Alor Star"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI