Pengakuan Zul Ariffin - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pengakuan Zul Ariffin

"SAYA akui ke kelab, tapi untuk menonton persembahan live band. Masa di sana, memang ramai yang ambil gambar dengan saya dan sedar telah melakukan satu kesilapan besar kerana cara bergambar itu agak berlebihan," ujar Zul Ariffin mengenai dakwaan dia berada dalam keadaan mabuk di sebuah kelab malam di Pulau Langkawi, baru-baru ini.

Bagaimanapun tegas Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 28, dia juga tidak berada di dalam keadaan mabuk pada ketika itu.

Tambahnya, dia tidak melarikan diri daripada memberi penjelasan mengenai isu terbabit kerana menunggu masa yang sesuai.

"Saya ke sana kerana menjalani penggambaran drama bersiri terbaharunya berjudul Istiqarah Cinta dan bila gambar itu tersebar, saya tidak lari dari memberikan kenyataan.

"Saya cuma tunggu masa sesuai dapat berjumpa semua media untuk jelaskan situasi sebenar kerana lebih mudah menjelaskan secara berhadapan.

"Bagaimanapun, sebaik gambar itu tersebar, saya sudah jelaskan kepada keluarga saya iaitu ibu dan Gayatri (kekasih), jelasnya.

Zul berkata, dia akan lebih berhati-hati untuk bergambar dengan peminat wanita selepas ini bagi menggelakkan peristiwa sama berulang.

Zul ditemui pada majlis pengumuman pengacara Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) di Sri Pentas, semalam.

Selain Zul, ASK 2014 turut diterajui oleh Fara Fauzana, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, dan Fahrin Ahmad.

Related Post

  • Bila kelibat menghantui... SETELAH menghasilkan berpuluh filem seram, kini Metrowealth (MIG) sekali lagi tampil dengan sebuah filem seram, …
  • Daniel Radcliffe: Penangan hero sihir POPULARITI Daniel Radcliffe atau lebih mesra disapa sebagai Dan meningkat dek peranannya sebagai hero sihir JK…
  • KIL ‘bunuh’ karya lain Diangkat Filem Terbaik FFM26, ketepikan Penanggal dan Tanda Putera BARISAN pemenang Festival Filem Malaysia ke- 26 …
  • Bikin karya sendiri Jika tiada tawaran yang boleh diterima, Umie 
mungkin tampil dengan karyanya sendiri  Tidak dinafikan bakat ya…
  • Pelakon cilik Puteri Balqis, pecah rekod PELAKON cilik berbakat besar, Puteri Balqis Azizi memecah rekod apabila berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita T…
0 Komentar untuk "Pengakuan Zul Ariffin"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI