SAYA kata Umno pembuli Pas sejak dulu. Maka DAP janganlah jadi macam Umno selepas boleh kuasa. Buli.

Anda pula kata Nik Abduh tuduh Pas sentiasa kena buli dalam PR?!

Dulu, saya kata UG adalah pakatan semua parti perintah Malaysia. Itu maksud saranan presiden Pas.

Anda pula kata Nik Abduh sokong kerajaan campuran Umno-Pas?!

Saya kata 2 Adun itu pengkhianat, mengkhianati parti sendiri selepas keluar daripada pendirian parti yang jelas.

Anda pula kata, Nik Abduh ajak keluar PR?!

Saya kata wujud konspirasi antarabangsa jatuhkan TGHH atau Presiden Pas dan para ulama dalam Majlis Syura Ulama Pas. Ahli Pas harus ada kesedaran yang tinggi.

Anda pula kata, Nik Abduh menghentam dan merugikan partinya sendiri!?

Anda kata, saya tak kata pun.

Anda salah. Saya pula anda salahkan.

Janganlah jadi 'anda' yang seperti di atas. Jadilah macam saya yang macam anda, yang benar, berani dan berterus terang.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir MAS, AJK Pas Pusat

***Artikel ini dipertik di laman sosial Facebook Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz