Setuju PAS tolak lantikan sebagai MB? Perwakilan kata ‘Tidak’ - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Setuju PAS tolak lantikan sebagai MB? Perwakilan kata ‘Tidak’


BeritaBATU PAHAT 19 SEPT: Majoriti perwakilan Muktamar Tahunan PAS ke-66 mahu PAS menerima lantikan sebagai Menteri Besar jika dipilih Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila diaju soalan berkenaan.

Mereka menjawab ‘tidak’ apabila perwakilan Pemuda PAS, Sany Hamzan cuba mendapat persetujuan dengan bertanya sama ada bersetuju PAS menolak jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Adakah kita setuju jika ADUN PAS Selangor tolak jika Sultan Selangor lantik sebagai Menteri Besar baru?”

‘Tidak,” sahut kebanyakan perwakilan.

Sany mengulangi soalan sama tiga atau empat kali tanpa menghiraukan jawapan ‘tidak’ tetapi tetap menerima jawapan sama.

Akhirnya beliau terpaksa memberi penjelasan mengenai keperluan menolak pilihan itu atas alasan kerusi berkenaan sudah dipersetujui diperuntuk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun, sebahagian besar perwakilan terus mempertikai alasan Sany hingga Pengerusi Tetap terpaksa menenangkan mereka.

Kejadian itu umpama insiden Perdana Menteri tiga kali bertanya ‘Are You Ready For BN?’ dalam konsert penyanyi terkenal Korea, Psy di Pulau Pinang menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 apabila pengunjung menjawap ‘No’.

Saksikan siaran langsung Muktamar Tahunan PAS ke-66 esok melalui tvselangorku.com

selangorku.com 
0 Komentar untuk "Setuju PAS tolak lantikan sebagai MB? Perwakilan kata ‘Tidak’"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI