PAS tanpa ulama buta, ulama tanpa profesional tempang, kata setiausaha agung - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS tanpa ulama buta, ulama tanpa profesional tempang, kata setiausaha agung

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali cuba meredakan keadaan semasa perpecahan dua kumpulan penyokong ulama dan profesional yang kini bertelagah ekoran krisis menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2014. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan parti Islam itu memerlukan sokongan kepimpinan dari kumpulan ulama dan profesional kerana mereka saling melengkapi satu sama lain.

Mustafa dilihat cuba meredakan keadaan ketika PAS sedang berhadapan kemungkinan perpecahan daripada dua kumpulan penyokong ulama dan profesional yang kini bertelagah ekoran krisis menteri besar Selangor.

"Jangan sampai isu kumpulan ulama dan profesional ini dibangkitkan hendak memimpin PAS. Kita memang memimpin PAS.

"Siapa kata profesional tidak diperlukan PAS dia tidak memahami dinamik perjuangan PAS, kalau kata ulama pun sama tidak faham... dua-dua kumpulan ini diperlukan," kata Mustafa ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini.
Muktamar kali ini menyaksikan beberapa perwakilan yang membangkitkan isu sokongan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilihat menerima kritikan daripada kumpulan perwakilan.

"Jangan kita lihat muktamar tahun depan ada pemilihan, ada yang mahu orang-orang ini dijatuhkan," kata Mustafa. – 20 September, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-tanpa-ulama-buta-ulama-tanpa-profesional-tempang-kata-setiausaha-agung#sthash.BrZP1Z1W.dpuf
0 Komentar untuk "PAS tanpa ulama buta, ulama tanpa profesional tempang, kata setiausaha agung "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI