Munafiq & Dr. Khairudin Attakiri - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Munafiq & Dr. Khairudin Attakiri

"
Dr. Khairudin Attakiri adalah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat. Dikatakan dalam sesi penggulungan, Dr. Khairudin Attakiri menghuraikan penggunaan istilah Munafiq berdasarkan kisah Hatib bin Abil Baltaah. Beliau menjelaskan bahawa melabel itu memang merupakan manhaj yang digunakan secara meluas di dalam al-Quran. Yang tidak bolehnya ialah menyebut orang-orang tertentu dengan sifat berkenaan, seperti si Fulan telah munafiq. Namun atas kaedah umum, ia memang dibenarkan.
Dia menceritakan bahawa apabila Hatib telah membocorkan rahsia Rasulullah untuk menyerang Mekah, Saidina Umar telah menegaskan di hadapan Rasulullah dengan katanya "Biarkan aku penggal kepala (Hatib) si munafiq ini". Namun baginda tidak membenarkan Saidina Umar mengambil tindakan itu. Setelah Hatib membuat penjelasan, beliau bukanlah munafiq seperti yang disangka kerana dia masih setia dengan Islam. Dr. Khairudin menjelaskan bahawa Rasulullah tidak menghalang label yang dibuat oleh Saidina Umar itu, tetapi baginda tidak membenarkan tindakan memenggal kepala itu. Dia terlepas dari hukuman itu disebabkan beliau adalah ahli Badar dan baginda berpuas hati dengan penjelasannya.
Kesan Hujahan Dr Khairudin Attakiri.
Saya tidak tahu sama ada kesan hujahannya menjadi ‘motivasi’ yang merangsangkan sekian ramai ahli PAS ‘memunafiqkan’ kedua ADUN (diketahui) itu dan melegakan sebahagian yang asalnya ragu-ragu untuk memberi label itu.   
Tapi dari apa yang dibaca, laungan “MUNAFIQ’ dikatakan bergema kencang dalam Muktamar Dewan Ulama PAS pusat. Suatu yang saya tidak nampak kelebihan islamiknya!
Mungkinkah ada ulama muda PAS yang mahu mengikut jejak langkah ketegasan Syaidina Umar itu tapi saranan saya utamakan dahulu mengikut ciri lain kehebatan Umar. Kita tahu ketegasan Umar dihormati tetapi takut nanti ketegasan kita, dilucui. Saranan saya juga, mengapa tidak memilih mengikut jejak langkah Rasulullah yang bersabar, tidak memunafiqkan, mendapatkan penjelasan dan memaafkan (*- rujukan ayat di bawah).
Semoga Dr. Khairudin Attakiri tepat pada hujahnya kerana hujah dari seorang pada kedudukannya kemungkinan besar digunapakai sebagai justifikasi pelabelan munafiq dalam kes 2 ADUN diketahui itu. Dia ialah ulama muda PAS yang sangat dipandang tinggi dari segi ketokohan dan kewibawaan hujahnya. Tentulah kita juga mengharapkan sifat KEADILAN yg tinggi dari dirinya.
Kita tahu sebagai seorang yang penting dalam PAS dan dengan kedudukannya sekarang, tentulah dia dilihat ada potensi cerah menduduki kedudukan tertinggi dalam Majlis Syura Ulama, suatu badan tertinggi, suatu ketika nanti.
Persoalan saya :
(1) Sekalipun pelabelan munafiq itu ada justifikasi, tidakkan penjelasan dua ADUN itu boleh diterima atas dasar mereka  masih setia dengan Islam.
(2) Adakah fakta situasi yang berlaku dalam kes (PAS) hari ini sama meritnya untuk mendapat justikasi dalil kes Hatib itu?  
(3)(Patut lebih dahulu) Adakah wajar pelabelan munafiq, jika ditelusuri semula fakta pada awal dan akhir kejadian yang membawa kepada isu masalah , mungkin menimbulkan persoalan sama ada kebenaran itu benar-benar dipihak yang merasakan diri mereka atau sebaliknya, atau sekurang-kurang kerana ‘complexity’ isu awal itu untuk menentukan kebenaran, maka mewajarkan tafsiran berbeza dalam memahaminya khusus oleh 2 Adun yang dianggap munafiq itu)!   
Justeru Dr Khairudin Attakiri…
Marilah kira semak semula pada persoalan kesahihan keputusan dan tindakan antara Mesyuarat AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama. Untuk itu, soalan-soalan ini saya ajukan kepada tuan agar dapat pencerahan dan jawapan :- 
1.    Apabila Mesyuarat AJK PAS Pusat dan Presiden memutuskan menghantarkan 2 nama Wan Azizah dan Azmin, di mana tidak syaraknya?
 2.    Apabila Presiden PAS bersama Majlis Syura Ulama menghantar nama-nama calon lain mencanggahi keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat dan dirinya sendiri, di mana syaraknya?
3.    Apabila Mesyuarat AJK PAS pusat yang membuat keputusan bersama dalam isu calon MB Selangor, tidakkah ia suatu prosiding Syura? Di mana tidak syaraknya?
4.    Apabila Presiden & Majis Syura Ulama membuat keputusan berbeza yang kesannya mencanggahi keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat dalam isu calon MB Selangor, di mana syaraknya?
5.    Tidakkah AJK PAS Pusat pembuat keputusan dan penentu gerakkerja?  Tidakkah mereka dengan kelebihan ilmu pelbagai bidang telah diberikuasa untuk membuat keputusan bagi PAS dalam soal strategi politik dan keputusan dalam isu calon MB itu?
6.    Adakah Majlis Syura Ulama berfungsi mengawasi segala keputusan AJK PAS Pusat agar tidak bersalahan syarak? dan berkuasa membatalkan apa jua keputusan dan tindakan yang tidak syarak?
7.    Jika begitu, adakah keputusan mesyuarat AJK PAS PUSAT itu tidak syarak?
8.    Jika keputusan mesyuarat AJK PAS PUSAT itu tidak salah pada syarak? Maka apabila Majlis Syura Ulama mencanggahi keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat dalam keadaan keputusan AJK PAS Pusat tiada salah pada syarak, di mana syaraknya?
9.    Atau adakah Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa membatalkan (veto) apa juga keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat? Jika ada, syarakkah?
10.  Jika begitu dimana kuasa (Veto) itu disebut dalam perlembagaan PAS? 
11.  Tidakkah kuasa itu tiada dalam perlembagaan PAS bila LUHAM dan peguam PAS mengatakan Majlis Syura atau Presiden melampaui kuasanya?
12.  Mungkin LUHAM mentafsir berdasarkan kedudukan undang-undang semasa? Tetapi adakah ia tidak syarak?
13.  Jika dikatakan tafsiran LUHAM dan Peguam PAS salah dan sepatutnya mengikut al Quran dan Sunnah, Adakah tafsiran LUHAM yang dikatakan mengikut undang-undang semasa itu mencanggahi Al-Quran dan al Sunnah? 
14.  Jika soalan 1 dan 3 di atas tadi di jawab sebagai tidak salah pada syarak, bagaimana boleh dikatakan tafsiran LUHAM dan Peguam PAS mencanggahi al Quran dan al Sunnah? Mencanggahi Syarak?
15.  Jika seorang Pemimpin, ketua atau suatu majlis/badan (pada masa sekarang) ditetapkan hak, had kuasa dan liabilitinya berdasarkan undang-undang dan peraturan organisasinya (seperti Perlembagaan PAS) sendiri, atau resolusi keputusan tertinggi (seperti muktamar PAS) adakah cara sebegini tidak syarak? Adakah ia mencanggahi Syarak? Jika ia sah pada syarak, maka adakah tindakan mengingkari atau melanggar peraturan, perlembagaan PAS atau resolusi muktamarnya menjadi tidak syarak?
16.  Sekiranya dua pemimpin kecil (Adun PAS) … telah menelusuri persoalan-persoalan di atas, dan ikhlas percaya bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan kepada parti dan agama… di mana ‘derhakanya’, munafiknya, tidak syaraknya?
Semoga pencerahan terbaik diberikan bagi menghilang kekeliruan bagi mereka yang berusaha memberi ketaatan terbaik sedangkan fikiran dan hati mereka masih sukar melakukannya..  
Ulasan. Saya kasih ulama-ulama. Saya kasihkan ustaz-ustaz yang setia di belakang ulama dari yang lembut, keras mahupun Taliban. Saya kasih Dr Yusuf Qardawi, Zakir Naik, Nourman Ali Khan, dan semua ulama PAS (dan banyak lagi) tapi…. dulu saya tidak dapat menerima kata-kata seorang ustaz muda apabila menggunakan nama ulama besar (Syeikh Ali Jumaah) untuk seolah-olah ‘menghalalkan darah’  ikhwanul muslimin dan rakyat yang memberontak tentera zalim Mesir.  Saya juga tidak dapat bersetuju dengan saranan sokongan kepada pemerintah tentera zalim sekalipun didakwa datang dari ulama bertitle Habib kerana saya beriman kepada ayat ‘’…. jangan kamu cenderung kepada kezaliman.”     
Saya juga taat kepada semua hadith sahih tentang ketaatan kepada pemerintah, ketua dan pemimpin  tetapi saya berusaha memahami maksud di dalam hadith-hadith itu menerusi penjelasan terbaik golongan alim dan faqih seperti  dihuraikan oleh Dr Yusuf Qardawi (dalam kes revolusi menentang Hosni Mubarak di Mesir) dan Dr Zaharuddin dan Dr Asri dalam isu-isu semasa di Malaysia.  Kerana penjelasan terbaik mereka, saya benar-benar merasai keadilan pada maksud hadith-hadith sahih itu dan hilang kekeliruan yang ditimbul oleh mereka yang dipanggil ustaz dan ulama juga. Jika tidak, mungkin sahaja saya lebih suka memilih bersama kumpulan ulama muda itu.
Saya menghormati ketaatan yang ditunjukkan ahli-ahli PAS kepada ulama-ulama mereka atas keyakinan konsep wala dan bara. … tapi saya tidak bersetuju semua kata mereka “mesti dikota… atau kata-kata mereka adalah kota”  Saya suka melihat hujah-hujah dan menerima dalil-dalil yang diutarakan (konsep wala dan bara) tetapi persoalan kefahaman dan dalam mengaplikasi kepada suasana sekarang, pohon diperbahaskan.
Kedudukan fakta-fakta berkaitan pemimpin sekarang berbeza, kuasa dan peranan mereka berbeza. Kuasa politik dan pentadbiran mungkin tidak lagi berpusat kepada seseorang tetapi kepada suatu kumpulan. Suara majoriti ahli dalam syura (jika tidak dapat sebulat suara) mungkin menjadi penentu sesuatu keputusan dan tindakan.
Pada masa sekarang, tiada siapa diberi kuasa penuh… tiada siapa ada  kuasa veto ..jika ada, dia dianggap dictator.. atau pemimpin ulama syiah tertentu. Kuasa pemimpin/ketua juga terikat dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang melaluinya, dia dilantik.
Mungkin asas dan logik disebalik idea ini ialah kerana susah mendapat pemimpin yang benar-benar amanah dan adil, susah mendapat pemimpin yang benar-benar bijak dan pandai, susah lagi untuk mendapat pemimpin berciri keduanya. Daripada bergantung kepada satu suara pemimpin  dipercayai baik.. lebih baik bergantung kepada beberapa orang pemimpin yang dirasa baik. Risiko seleweng, zalim dan perabih harta negara dapat dikurangkan. Persoalannya, adakah semua ini tidak syaraknya? Sekiranya ketaatan kepada pemimpin itu adalah pada had dan kadar kuasa yang diberikan padanya, adakah tidak syarak?
Terimakasih. Kemaafan dipinta jika ada salah dan silap.
Al-Quran, Ali imran (3) ayat 159
  “maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya”.
 Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com


Note: Penulis menulis perkara yang sama beberapa kali - KB"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 HishamAhmad
0 Komentar untuk "Munafiq & Dr. Khairudin Attakiri"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI