Muktamar Ulama Pas ke-53 bermula - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Muktamar Ulama Pas ke-53 bermula

KULAIJAYA - Muktamar Ulama Pas Pusat kali ke-53 hari ini membuka tirainya di IOI Palm Villa Golf Country Resort di sini, tepat jam 9.00 pagi tadi.

Majlis perasmian muktamar sayap Pas itu bakal disempurnakan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Seramai lebih 500 perwakilan Ulama Pas mengambil bahagian dalam muktamar tahunan kali ini.

Pada sesi kali ini, ucapan dasar akan dibentang oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat.

Suasana muktamar agak suram selepas kehilangan bekas Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ada awal tahun ini.

Sesi perbahasan ucapan dasar Ketua Dewan Ulama Pas akan berlangsung pada jam 11 pagi nanti selepas mesyuarat tahunan ini erhenti rehat.

Manakala sesi pembentangan bagi sesi kedua pula akan bersambung semula jam 2 petang nanti selepas solat Zohor.
0 Komentar untuk "Muktamar Ulama Pas ke-53 bermula"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI