Setiausaha agung sahkan PAS tidak akan tuntut kerusi MB Selangor - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Setiausaha agung sahkan PAS tidak akan tuntut kerusi MB Selangor

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali kata memang ada perbincangan di kalangan pimpinan PAS secara tidak rasmi mengenai pertukaran Tan Sri Ibrahim Khalid tetapi belum ada keputusan rasmi lagi. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Julai, 2014.
Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan, parti Islam itu sememangnya tidak akan menuntut kerusi menteri besar Selangor jika Tan Sri Khalid Ibrahim ditukarkan.

"Memang menjadi pandangan umum pemimpin PAS, PAS tidak boleh menuntut kerusi MB Selangor buat masa sekarang. Ia hak PKR," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mustafa juga berkata, memang ada perbincangan di kalangan pimpinan PAS secara tidak rasmi mengenai pertukaran Khalid “tetapi ia belum ada keputusan rasmi lagi”.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan berdasarkan sumber, PAS telah bersetuju untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sementara itu, setiausaha agung PKR, Saifudin Nasution Ismail memaklumkan, PKR akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) malam ini untuk menentukan nasib MB Selangor itu.

Bagi beliau, keputusan PAS yang menegaskan tidak menuntut kerusi itu adalah satu yang sangat positif demi kepentingan Pakatan Rakyat dan untuk meredakan ahli peringkat bawahan.

"Kita harap pimpinan PKR akan mengambil tanggungjawab besar ini diikuti dengan kebijaksanaan dalam membuat keputusan," kata Saifudin kepada The Malaysian Insider.

Menurut beliau, mesyuarat MPP pada 14 Januari lalu telah membincangkan perkara ini dan telah memberikan mandat kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menguruskan dan membuat cadangan mengenainya.

"Anwar telah membawa perkara ini dalam mesyuarat biro politik dan keputusan akhir akan dibuat malam ini," kata Saifudin.

Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu The Malaysian Insider: "Kita pada dasarnya bersetuju dua perkara iaitu menukar Khalid dan penggantinya bukan PAS tetapi kita masih belum sepakat siapa pengganti itu."

Isu MB Selangor panas sejak beberapa lama dan tidak selesai sehingga kini.

Ia dikatakan menjadi salah satu punca populariti Pakatan Rakyat jatuh merudum di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada Pakatan jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya itu. – 21 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/setiausaha-agung-sahkan-pas-tidak-akan-tuntut-kerusi-mb-selangor#sthash.DuBUuq9H.dpuf
0 Komentar untuk "Setiausaha agung sahkan PAS tidak akan tuntut kerusi MB Selangor"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI